Kejadian sedih yang menyayat hati berlaku di Jaunpur, Uttar Pradesh, India. Seorang lelaki tua terpaksa mengayuh basikal selama berjam-jam sambil membawa mayat isterinya bagi mencari tempat pembakaran mayat.

Seperti dilaporkan oleh India Today, kejadian ini terjadi selepas isterinya meninggal dunia akibat wabak COVID-19 dan penduduk kampung telah bertindak memulau mereka berdua akibat ketakutan yang melampau dengan jangkitan wabak ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak cukup dengan itu, penduduk kampung terbabit juga tidak membenarkan isterinya di bakar di kawasan kampung terbabit. Dengan alasan, penduduk kampung khuatir pembakaran mayat pesakit COVID-19 akan menyebarkan virus ini di sekitar kampung.

Gambar lelaki tua yang menolak mayat isterinya menggunakan basikal tersebar luas di media sosial dan menjadi viral. Dalam salah satu gambarnya, kelihatan dia sedang membawa mayat isterinya sambil bermundar mandir di kawasan kampung. Manakala gambar kedua, kelihatan dia seperti sudah berputus asa dan hanya membiarkan isterinya berbaring di tengah jalan bersama-sama dengan basikal.

https://twitter.com/manishtv9/status/1387223616023011331

 

Difahamkan, tidak ada seorang pun warga kampung yang datang membantu usaha lelaki tua itu untuk mencari tempat pembakaran mayat. Menurut laporan Independent, dia akhirnya dibantu oleh pihak polis bagi melakukan upacara  penghormatan terakhir untuk isterinya.

Difahamkan, datuk berusia 70 tahun ini dikenali sebagai Tilakdhari. Beliau adalah penduduk kampung Amberpur, Jaunpur. Isterinya meninggal dunia kerana COVID-19 di sebuah hospital kerajaan. Pihak hospital sendiri telah menghantar mayat isterinya ke rumah dengan menggunakan ambulans, tetapi penduduk kampung tidak membenarkan pembakaran mayat di kawasan itu.

Kerana itu, Tilakdhari memutuskan untuk membawa jenazah isterinya ke sungai Sai yang terletak berhampiran kawasannya. Tetapi dalam perjalanan, Tilakdhari tidak dapat mengawal basikalnya dan kemudian jatuh ke tanah bersama dengan jenazah isterinya.

Dia duduk di tepi jalan berjam-jam sambil termenung melihat mayat isteri dan basikalnya yang berada di tengah jalan. Selepas beberapa jam, seorang pegawai polis datang menghulurkan bantuan dan melakukan ritual terakhir untuk isterinya.

Suasana ngeri di India, koleksi foto pembakaran mayat mangsa COVID-19 secara besar-besaran. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suasana Ngeri Di India, Koleksi Foto Pembakaran Mayat Mangsa COVID-19 Secara Besar-Besaran

Tragedi Wabak COVID-19 Di India Semakin Parah, Media Sosial Kini Dipenuhi Jeritan Minta Tolong

Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis