Jenayah ragut dalam negara kita bukanlah lagi satu perkara yang asing. Malah boleh dikatakan dari masa ke semasa akan ada sahaja perkongsian mengenai perbuatan terkutuk ini.

Walaupun sudah ramai yang tertangkap dan terakam di kamera-kamera litar tertutup namun penjenayah-penjenayah ini dilihat masih sanggup untuk melakukan jenayah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika sebelum ini kita melihat bagaimana rakaman telefon seorang peragut berjaya dihentikan pegawai penguatkuasa di Johor kali ini perkongsian daripada netizen pula menunjukkan kelibat dua lelaki meragut seorang wanita warga emas.

Dalam kejadian yang berlaku di Kluang itu, kelibat peragut berkenaan yang menaiki motosikal berjaya dirakam kamera selepas meragut mangsa B Nagamah di hadapan kawasan rumahnya.

Kejadian itu menurut mangsa berlaku selepas beliau keluar dari rumah untuk membuang sampah pada sekitar jam 9 pagi semalam.

Manakala rakaman yang CCTV yang tular itu pula menurut anaknya diambil daripada jirannya yang mempunyai kamera tersebut di hadapan rumah mereka.

“Saya keluar rumah kira-kira pukul 9.15 pagi untuk membuang sampah dan berjalan kira-kira 100 meter ke rumah jiran.

“Apabila saya ingin berpatah balik, tiba-tiba sebuah motosikal berhenti di tepi sebelum pemboncengnya turun dan terus merentap rantai leher dan menolak saya,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau sebelum itu juga memberitahu sudah terlihat kelibat kedua-dua peragut itu yang berlegar di hadapan rumahnya sebelum kejadian.

Bagaimanapun kejadian itu menurutnya berlaku dengan pantas dan beliau tidak dapat melihat wajah kedua-keduanya ketika itu.

Susualan daripada kejadian ragut itu, beliau menjelaskan mengalami kerugian bernilai kira-kira RM11,000 selepas rantai leher perkahwinannya lesap diambil peragut berkenaan.

Anaknya juga memberitahu ibunya itu trauma selepas kejadian dan enggan menjamah nasi seharian pada semalam.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai peragut ini yang berjaya dihalang oleh pegawai penguatkuasa yang turut berada di lokasi kejadian melalui pautan di bawah. 

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

‘Ikut Dari Lampu Isyarat Lagi’- Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Cermin Kereta Dipecahkan Peragut

Gagal Cubaan Ragut, Netizen Kecam ‘Rider’ Foodpanda Palsu Ini