Penunggang motosikal merupakan antara pengguna jalan raya yang sentiasa sudi membantu pengguna jalan raya lain ketika ditimpa masalah dan kesusahan yang tidak diundang.

Baru-baru ini orang ramai tertarik dengan satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kereta Honda yang rosak dengan menggunakan sebelah kakinya sahaja.

Video yang berdurasi hampir 1 minit itu didakwa dirakam di sekitar kawasan bandar Melaka. Walaupun kereta tersebut sememangnya berat, namun penunggang motosikal itu dilihat penuh bersabar membantu kereta Honda yang rosak tersebut.

Para netizen memuji niat baik penunggang motosikal tersebut yang cukup ‘kental’ untuk menolak kereta tersebut dengan sebelah kaki sahaja. Walau bagaimanapun ada juga yang mencadangkan agar pemilik kenderaan tersebut menggunakan perkhidmatan towing kereta kerana ianya lebih selamat.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat ratusan komen dan perkongsian daripada pengguna media sosial yang kagum dengan ‘kekuatan’ kaki kanan penunggang motosikal tersebut.

Video ini salah satu bukti orang Malaysia masih lagi baik hati membantu orang lain yang dalam kesusahan dengan menggunakan apa jua cara sekalipun.

Dalam rakaman video lain, orang ramai puji seorang doktor gigi menegur pemandu Myvi membuang sampah merata-rata semasa terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas.

Netizen Puji Cara Doktor Gigi Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dari Tingkap Kereta

Tinggalkan ‘Rakan’ Terlibat Kemalangan, Tindakan Geng Honda Civic Ini Buat Netizen Tergamam

Pengemis Di Lampu Isyarat Makin Ramai, Pendedahan Lelaki Ini Buka Mata Netizen

Sumber