Pada hari Isnin lalu, seorang pengguna Facebook telah berkongsi rakaman video ‘aksi’ seorang lelaki membuang sampah dalam kuantiti yang banyak dari keretanya di kawasan tempat letak kereta awam.

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Video yang berdurasi 3 minit itu telah mengundang ‘kemarahan’ netizen dan telah dikongsikan lebih 7,500 kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan melalui satu hantaran rasmi di Facebook, pihak MBPP sangat kecewa dan memandang serius terhadap individu yang telah mengotorkan kawasan tersebut.

Tambah MBPP lagi, individu tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974, di mana pesalah akan menerima hukuman denda sehingga RM500 dan bagi sabitan kedua dan seterusnya, pesalah akan berdepan dengan denda sehingga RM1,000.

vocket-mbbp-ambil-tindakan-tegas-buang-sampah-merata-3
Sumber Gambar: Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Pihak MBPP juga menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak Majlis Bandaraya bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang dan memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Perbuatan lelaki tersebut bukan sahaja mengotorkan kawasan awam tersebut, bahkan memberikan persepsi yang buruk terhadap majlis bandaraya yang bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Pada awal bulan lalu, seorang lelaki telah didenda oleh pihak berkuasa kerana membuang bungkusan ‘parcel’ di kawasan larangan membuang sampah.

Gara-Gara Buang ‘Parcel’ Di Kawasan Larangan, Lelaki Ini Didenda Oleh Pihak Berkuasa

Selamba Buang Sampah Dalam Sungai, Tindakan ‘Tiada Sivik’ Wanita Ini Buat Netizen Berang

 

Sumber