Baru-baru ini tular di TikTok sebuah video memaparkan keadaan menyedihkan seekor anjing yang diikat dan dibiarkan di sebuah rumah kosong tanpa sebarang makanan.

Menerusi video yang dikongsikan @juliaritanordin, anjing itu dikatakan mempunyai bulu yang cantik sebelum ini dan dia akui terkejut melihat keadaan terkini haiwan tersebut.

Baca Juga:

Kasihan melihat keadaan anjing itu, dia pun ke rumah mengambil makanan untuk diberikan kepada anjing tersebut walaupun berasa takut.

@juliaritanordin

kenapa la ikat die kt sini mcmni😥😭…xdipantau…xdibg makan…#fyp #animalrescue #animallover #dog #puppy #animalrights #saveanimals #crueltyfree

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Selepas itu, Julia telah menghubungi pasukan penyelamat haiwan untuk membantu menguruskan anjing tersebut dan dia berasa lega apabila anjing itu sudah diselamatkan dan dikhabarkan sudah ada yang ‘adopt’ anjing terbabit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemilik video yang membantu anjing tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa kasihan melihat keadaan anjing yang dibiarkan di rumah kosong dan diikat dengan rantai besi tanpa diberikan makan dan minum.

Lantaran itu, rata-rata netizen berterima kasih kepada pemilik video kerana membantu menyelamatkan anjing terbabit dan mendoakan agar murah rezeki.