Seorang peniaga ikan patin bingung selepas menerima surat saman apabila dia didakwa menjadi ‘punca kemalangan’ melibatkan sebuah van polis dengan Ford Ranger peniaga terbabit.

Butiran insiden itu dikongsikan oleh adik peniaga itu menerusi Twitter @itslyzaa_, di mana kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian belakang (Ford Ranger) dan hadapan (van polis), berserta surat saman yang diterimanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi bebenang ciapan itu lagi, abangnya ada berkongsi rakaman video dashcam semasa insiden berlaku. Dalam video berdurasi 22 saat itu, lelaki itu memperlahankan kereta 4×4 di kawasan garisan berkembar (ada membuka lampu signal) untuk bersedia membelok ke kanan apabila sampai di kawasan garisan putus-putus. Kenderaan lain yang ada di belakang sudah memotong Ford Ranger itu dari kiri kerana sudah tahu ia akan membelok kanan.

Namun tidak sempat sampai di garisan putus, van polis telah merempuh bahagian belakangnya dan impak perlanggaran itu menyebabkan Ford Ranger tidak dapat dikawal lalu bergerak ke arah kanan jalan sebelum berhenti di satu kawasan lapang.

Sejurus selesai menangkap gambar bukti kemalangan, peniaga itu membuat keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Temerloh.

Apabila bertemu dengan anggota berpangkat ‘Sarjan’ yang bertugas, Sarjan itu enggan melihat rakaman video kemalangan dengan memberi alasan van polis juga mempunyai dashcam sendiri.

Pemilik ciapan mendakwa Sarjan itu berkeras mahu ‘lepas tangan’ apabila dia meminta peniaga ikan patin itu mencari peguam untuk hadir ke mahkamah atas sebab kes kemalangan yang berlaku.

Bagaimanapun, peniaga itu enggan memanjangkan cerita, jadi dia membuat tuntuan ke atas insuran sendiri dan perniagaannya tergendala selama dua bulan untuk menunggu keretanya siap dibaik pulih.

Namun baru-baru ini sewaktu peniaga itu sedang bersiap-siap mahu memulakan semula perniagaan, dia menerima satu panggilan untuk hadir ke Balai Polis Temerloh bagi mendapatkan surat saman.

Surat saman yang dikeluarkan telah menyebabkan ahli keluarga peniaga itu tertanya-tanya kenapa mangsa masih disaman walaupun dia dilanggar oleh van polis dan telah mengambil keputusan tidak mahu memanjangkan kes sehingga ke mahkamah.

Dalam surat saman itu juga ada meminta peniaga terbabit hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.

Sumber Gambar: Twitter @itzlyzaa_

https://twitter.com/friedsamyang/status/1562817593773174784?s=20&t=LXPgQKfxuJY_9xLd1gIxew

Setakat artikel ini ditulis ciapan itu telah mendapat 15.8 ribu kali perkongsian semula daripada warganet dan netizen berharap agar peniaga ikan patin itu mendapat keadilan yang saksama.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Memandu Ikut Peraturan, Lelaki Ini Bingung Dituduh Langgar Lampu Merah Oleh Polis Trafik

Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen

‘Mereka Sedang Bertugas’ – Polis Kelantan Tampil Jelaskan Kenapa Anggotanya Memotong Di Garisan Berkembar