Baru-baru ini, drama terkenal Delayed Justice telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon drama tersebut, Bae Sung Woo tidak lagi akan berlakon dalam drama tersebut kerana terlibat dengan memandu dalam keadaan mabuk.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan apabila terdapat desakan daripada beberapa pihak supaya mengeluarkan pelakon itu daripada drama tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Allkpop, pelakon tersebut telah mengeluarkan kenyataan melalui agensinya dengan meluahkan bahawa beliau sangat menyesal akan tindakan tersebut dan akan lebih berhati-hati.

4a8635448108487299557fec25226f7d
Sumber: Soompi

“Saya bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat tanpa sebarang alasan. Saya menerima semua kritikan dan sangat menyesal.

“Saya akan lebih berhati-hati agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan saya akan mengambil masa untuk merenung diri sendiri,” dalam kenyataan yang dibuat pelakon itu melalui agensinya.

Menurut kenyataan bagi pasukan produksi drama tersebut, selepas siaran episod 12 pada 12 Disember, Delayed Justice akan mengambil cuti selama tiga minggu bagi menyusun semula dan akan menyambung siaran pada tahun depan.

Oleh kerana terdapat episod yang mempunyai Bae Sung Woo, pihak produksi perlu menyunting semula episod tersebut supaya tidak menyiarkan pelakon tersebut. Difahamkan, episod 17 hingga 20 akan bakal ditayangkan tanpa penampilan pelakon  ini.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai benarkah Song Hye-Kio tidak pernah melakukan pembedahan plastik? Baca pada puatan di bawah.

Benarkah Ikon ‘Natural Beauty’, Song Hye-kyo Tidak Pernah Lakukan Pembedahan Plastik?

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?

Sumber