Sebuah berita yang mengejutkan buat Amerika Syarikat dan juga dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan positif COVID-19 bersama isterinya. Kenyataan beliau telah disahkan melalui tweet yang baru sahaja dimuat naik di Twitter sebentar tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan tweet yang dimuat naik, beliau bersama isterinya, Melania Trump sedia menjalani kuarantin serta menjalani rawatan sehingga bebas COVID-19.

Setakat ini masih belum diketahui bagaimana Donald Trump mampu dijangkit wabak yang sudah membunuh 200,000 warga Amerika Syarikat ini. Difahamkan jadualnya yang sibuk dengan kempen presiden yang bakal berlangsung antara yang membuatkan beliau lebih mudah terdedah kepada wabak.

gettyimages-608054410
Sumber: NPR

Ditambah pula dengan usianya yang sudah mencecah 74 tahun pada tahun ini sekaligus meletakkan beliau dalam linkungan umur yang berisiko tinggi.

Untuk pengetahuan, Donald Trump sebelum ini antara yang lantang mengkritik mengenai wabak COVID-19 dengan melabelnya sebagai ‘China Virus’. Beliau juga telah memilih untuk mengenakan lockdown dalam tempoh yang singkat kerana risau dengan ekonomi Amerika Syarikat yang menurun sejak lockdown dijalankan.

Pada April lalu, Donald Trump pernah memaklumkan beliau sedia henti lockdown di beberapa negeri di Amerika Syarikat dalam usaha untuk merancakkan semula ekonomi.

Tidak Bimbang Penularan COVID-19, Donald Trump Sedia Henti ‘Lockdown’ Di Beberapa Negeri

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000