Bahagian dapur sememangnya antara bahagian dalam rumah yang paling kerap ‘menerima kunjungan’ ahli keluarga dan para ibu terutamanya di waktu perintah kawalan pergerakan yang sedang berlangsung ketika ini.

Boleh dikatakan dapur ini adalah antara ruangan yang membawa kebahagiaan kepada seisi keluarga. Daripada air kosong sehinggalah masakan air tangan ibu, semuanya datang dari dapur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun siapa sangka, selain menyediakan makanan dan minuman dapur juga berpotensi untuk menjadi lokasi berbahaya buat ahli keluarga jika berlaku kecelakaan yang tidak diingini -seperti yang dialami Norma Samarudin ini.

Menerusi atu perkongsian di Facebook yang kini telah pun mendapat hampir 3,000 shares, Norma berkongsikan kejadian beliau disambar api selepas tong gas yang digunakannya dipercayai mengalami kebocoran.

124346181_3440743249307054_8914503979258726061_n
PAKAIAN NORMA YANG DISAMBAR API DALAM KEJADIAN BERKENAAN

Kejadian itu menurutnya berlaku ketika beliau sedang memasak spageti dan nasi untuk keluarganya baru-baru ini di bahagian dapur rumahnya.

“Macam biasa sebelum mula memasak check gas dulu takut ada bunyi atau bocor. Alhamdulillah tiada. Jadi Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh! nasi tak masak lagi’.

“Jadi, masa tunduk nak ambik beras tu…(mesti la kena bukak pintu almari tu kan?) masa itu laa api sambar Norma.

norma1
TONG GAS DAN BEKAS SIMPANAN BERAS YANG BERADA DI KABINET DI BAWAH TEMPAT MEMASAK RUMAHNYA

Bercerita lanjut Norma berkata masih jelas dalam ingatannya bagaimana api berwarna oren itu menyambar baju dan skirt yang dipakainya pada hari kejadian.

Terkejut dengan api berkenaan, beliau terus berlari menuju ke bilik air dan membuka pintu serta tingkap di dapurnya sebelum membuka kepala tong gas.

Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kt kaki.

“Lepas tu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nak meletup dah,” kongsinya dalam loghat utara tanah air.

124156351_3440744155973630_8571078624276632690_n (1)
KAKI NORMA YANG DISAMBAR API KETIKA KEJADIAN

Walaupun mengalami kecederaan di bahagian kaki serta terbakar bulu kening, namun beliau menjelaskan masih bernasib baik pada hari kejadian.

Ini kerana menurutnya sebelum ini, kedua-dua anaknya Harraz dan Aaira berada di ruang tamu sedang menonton TV dan tidak berada di dapur.

“Selalunya hari-hari Aaira yang selalu p main dekat tempat beras itu.

“Hobi dia, ambik beras lambung buat macam hujan,” jelasnya.

Menjelaskan kemungkinan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, Norma berkata tong gasnya itu sebelum ini sudah mengalami kebocoran namun tidak dikesan baunya kerana berada di tempat tertutup.

Bagaimanapun, gas yang telah bocor itu jelasnya mungkin telah terkesan dengan api panas daripada dapurnya ketika membuka kabinet sekaligus menyebabkan kebakaran berkenaan.

Susulan daripada kejadian berkenaan, Norma menjelaskan beliau mengalami kecederaan di kakinya dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik selain turut kehilangan bulu mata.

Baca juga perkongsian pemuda ini yang terkejut selepas guni bundle yang dibelinya hanya mengeluarkan ‘underwear’ walaupun dijanjikan t-shirt melalui pautan di bawah. 

‘Pecah Guni Semua Keluar Pakaian Dalam’- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beli Bundle ‘Puaka’

Bekalkan Sebotol Petrol Sepanjang Bekerja, Perkongsian ‘Runner’ Ini Buatkan Netizen Kagum

Gadis Kehilangan Motosikal Ketika Buat ‘Delivery’ Terima Sumbangan Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Sumber