Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi rap terkenal Malaysia kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenar, Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, menjadi bualan ramai sejak bentuk ‘fizikal’ nya berubah.

Artikel Berkaitan:

Baru- baru ini ada rakaman video yang tular mula masuk ke ruangan fyp atau for your page di akaun TikTok mengenai suami kepada penyanyi rap Loca B menimbulkan tanda tanya warganet.

@asrikamarudin

Jarang jarang tak belanja la abg tuju. #joedoh

♬ original sound – Asri Kamarudin – Asri Kamarudin

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Asri Kamarudin itu, Tuju sempat menyanyi dan keunikan suaranya menjadi perhatian ramai apatah lagi dia adalah seorang anggota kumpulan popular K-Clique.

Oleh kerana konten video yang tular mengenai sama ada dia memilih bersama ex-girlfriend atau orang baru menjadi persoalan kepada orang ramai tentang status dirinya dan dilihat berat badannya semakin susut.

@asrikamarudin

Apa pendapat korang? @TUJU #joedoh

♬ original sound – Asri Kamarudin – Asri Kamarudin

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang menafikan itu adalah Tuju sebenar dan terkejut penampilannya berubah secara drastik.

Sementara itu, ada juga peminat yang mendoakan di ruangan komen supaya sihat selalu dan terus maju jaya dalam hidup.

Perkongsian daripada video TikTok tersebut, ramai yang menyangka itu adalah Tuju ‘fake’ tetapi sebaliknya itu adalah Tuju ‘real’ serta menerima ribuan tanda ‘like’ tentang video tersebut.