Bagi anda yang suka mencari tempat lepak ‘rare’ dan mahukan privasi, terdapat sebuah kafe di Damansara yang kelihatan terbiar daripada luar. Akan tetapi, melangkah masuk ke dalam kafe, anda akan terpegun dengan suasana dalam kafe yang cukup mendamaikan.

Boleh dikatakan tidak ramai yang tahu kewujudan kafe Basikal Tua ini kerana jika anda lalu dan melihat pintu masuk kafe ini, ianya seperti sudah lama ditinggalkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@viralandfoodiemy

#klfoodie #kafebasikaltua

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Untuk pengetahuan anda, Raja Iskandar Raja Mansur membuka kafe ini sebagai sebahagian daripada proses penyembuhannya daripada strok yang dihidapinya tujuh tahun lalu dan juga sebagai cara untuk dia terus meneruskan kerjanya bersama komuniti orang kurang upaya.

Bukan itu sahaja, jika anda melihat rekaan dalaman kafe ini, ia mengetengahkan konsep rustic dan retro serta banyak tumbuhan hijau dimana akan memberikan satu perasaan tenang untuk nikmati kopi sambil membaca buku.

Suasananya memang tenang dan anda boleh lari sebentar dari hiruk pikuk kota serta masalah. Setiap sudut dalam kafe sangat ‘Instagrammable’ dan sesuai untuk anda kaki foto. Sekadar makluman, pastikan anda membuat tempahan dahulu untuk ke kafe ini.