Disebabkan pandemik, ramai orang memilih untuk membeli barangan secara atas talian dan dapat dilihat ketika ‘sale’ setiap bulan pastinya mendapat sambutan hangat sehingga syarikat penghantaran tidak menang tangan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Cek Ammey Abu Bakar telah berkongsi pengalamannya membeli barangan di Shopee. Pada mulanya beliau menyangka dirinya telah ditipu kerana tidak mendapat barangan dengan saiz yang dibeli.

Lantaran itu, Cek Ammey telah menghubungi penjual dan bertanya akan hal tersebut sama ada memang tesilap saiz serta sama ada boleh ‘refund’. Jawapan penjual tersebut yang seperti tidak tahu akan produk dijualnya membuatkan beliau berasa berang dan mahu membuat laporan disebabkan rasa dirinya sudah ditipu.

Akan tetapi, apabila penjual tersebut mengatakan bahawa dirinya baru berusia 11 tahun membuatkan Cek Ammey terkejut. Malah, penjual itu yang hanya ‘dropship’ belajar melalui YouTube untuk mula berniaga.

Difahamkan, penjual berumur 11 tahun yang sepatutnya fokus belajar itu berniaga kerana mahu membantu keluarganya. Jika anda mahu membantu jualan adik tersebut, bolehlah klik link ini.

Tahukah anda bahawa ada penjual di Shopee yang menjual kata-kata semangat? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Jual Kata-Kata Semangat Berharga 20 Sen Di Shopee, Kreativiti Peniaga Ini Buat Netizen Terhibur

Jual Lukisan Berharga 50 Sen Di Shopee, Hasilnya Buat Netizen Terhibur

Terima Bungkusan Dalam Kelapa, Gaya Kreatif Peniaga Di Shopee Ini Raih Perhatian Netizen