Satu ketika dahulu, nama Streetwear Busted Malaysia pernah hangat diperkatakan kerana mendedahkan artis tempatan yang menggunakan barangan tiruan.

Apa yang mengejutkan netizen baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook Calico telah mendedahkan bahawa admin akaun Streetwear Busted Malaysia menjual barangan palsu tetapi dakwa ianya asli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, mangsa pembelian topeng muka Fucking Rabbits dan berasa tertipu kerana disangka barang tersebut adalah asli tetapi sebenarnya palsu. Apabila ditanya mengenai kesahihan dan keaslian barang, pembeli dimarah oleh admin Streetwear Busted Malaysia.

Lebih mengejutkan apabila admin tersebut bertindak marah dan ugut pembeli serta ‘block’ mangsa. Pastinya mereka yang menjadi mangsa tidak berpuas hati kerana telah bayar untuk barang ‘original’ tetapi dapat barang ‘fufu’.

Semoga mangsa mendapat hak mereka sebagai pembeli. Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan daripada pihak Streetwear Busted Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Kemas kini: Streetwear Busted Malaysia ketika dihubungi VOCKET memberi komen Hans Affens merupakan bekas admin mereka.

Sebelum ini, Awal Ashaari pernah perang besar dengan Streetwear Busted Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Awal Ashaari ‘Perang Besar’ Dengan Streetwear Busted MY Kerana Yeezy Boost 750

Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia

Lihat Bagaimana ‘Influencer’ Ini Kantoi Guna Pengikut Palsu Untuk Dapatkan Barang Secara Percuma