Sebagai seorang peminat, kita pastinya akan memberi hadiah kepada selebriti ataupun orang yang kita minati. Perkara itu normal, tetapi bagaimana jika seseorang memberikan anda wang tunai dalam satu jumlah yang banyak?

Menerusi satu laporan, Ebby Yus yang merupakan seorang pelakon dan pelawak mendedahkan telah menerima bantuan kewangan daripada peminatnya. Peminat wanita dari Singapura itu memberikan wang tunai bernilai SGD10,000 (~RM30,491.93) kepada dirinya.

Ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, peminat wanita itu menghubungi pembantunya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang dialami olehnya.

Disebabkan kesihatan Ebby Yus sudah makin baik, maka beliau menghubungi semula wanita itu untuk memberitahu keadaannya dan menolak secara baik bantuan yang ingin diberikan.

Akan tetapi, wanita tersebut terus mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminatinya. Berasa sangsi dan takut jika itu adalah ‘scammer’ kerana dia meminta nombor akaun bank tetapi kerana dalam akaun hanya ada RM40 maka beliau rasa tidak rugi pun untuk beri.

Tidak sangka wanita itu benar-benar memberikan sumbangan dan beliau menyifatkan individu itu umpama kiriman daripada Allah untuk membantunya. Malah, beliau dan wanita berkenaan sering berkomunikasi melalui telefon sejak hari itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Tidak Lagi Perlu Ke Kaunter, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK

Sumber