Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menjalani kehidupan sebagai seorang bujang atau berstatus single pastinya membosankan. Menambah kerisauan apabila seseorang itu menjadi bujang terlajak yang pastinya tidak berkeluarga yang akan menjaga mereka di hari tua.

Begitu juga dengan nasib seorang warga emas bernama Ryo Nagoka, 65 tahun, warga Jepun yang tidak berkeluarga dan menjadikan kura-kuranya, Kame-san (bermaksud Mr. Tortoise) sebagai temannya sepanjang beliau menyewa di Pangsapuri East Village di New York, Amerika Syarikat.

Ryo difahamkan sudah lebih 20 tahun menetap di situ dan beliau bekerja sebagai pekerja di sebuah restoran makanan mi untuk kelangsungan hidup. Namun, angkara pandemik COVID-19 ketika ini, beliau dibuang kerja, lapor Yahoo! News.

Ryo_Nagaoka

Sumber: Page Six

Pada awal Januari lalu, Ryo ditemukan dalam keadaan pengsan di rumahnya selepas pemilik rumah sewanya itu datang melawat Ryo untuk mengadukan masalah kebocoran air di pangsapuri berkenaan. Ryo kemudiannya dibawa ke Hospital Belleuve di mana beliau disahkan positif COVID-19.

Nasib sudah tertulis, Ryo dilaporkan terselamat setelah menerima rawatan serta kuarantin selama 2 bulan di hospital itu. Namun, selama tempoh itu, semua kejiranannya tidak tahu bahawa Ryo telah dimasukkan ke hospital.

Sudahlah hilang pekerjaan, bahkan nyawanya pun hampir ‘padam’ angkara COVID-19. Menambah rasa duka apabila sekembalinya Ryo di rumahnya pada 24 Mac lalu dan mengejutkan apabila kunci rumah yang dipegangnya itu tidak boleh membuka pintu rumahnya.

“Saya terkejut, rumah saya tidak boleh dibuka kerana kuncinya sudah ditukarkan dengan kunci baharu.

Dia kemudiannya memanggil jiran setempat untuk membantunya membuka pintu rumah berkenaan. Jiran-jirannya juga terkejut dengan kepulangan Ryo. Mereka sangkakan bahawa Ryo telah meninggal dunia seperti dijelaskan oleh Siera Zamarripa jiran kepada Ryo.

Namun setelah pintu dibuka, Ryo terkedu diam dan pasrah bahawa beliau kini hanya tinggal ‘sehelai sepinggang’ setelah kesemua barang di rumahnya telah dikosongkan oleh individu yang tidak diketahuinya.

“Saya melihat seluruh rumah itu telah dikosongkan kecuali yang tinggal hanya Kame-sen dan sebuah piano sahaja,” kata Ryo ketika dihubungi wartawan portal CBS2 News.

Difahamkan, pihak pengurusan bangunan itu, Barbara Corcoran dan A-Rod dari Shark Tank telah mengupah sekumpulan pekerja untuk mengosongkan kediaman Ryo pada 17 Februari lalu. Mereka anggap bahawa Ryo telah menghilangkan diri selama dua bulan tanpa berjaya dikesan berikutan beliau yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi mahupun kad pengenalan.

Berikutan simpati ke atas nasib Ryo, jiran setempat serta rakan-rakannya mewujudkan tabung ‘GoFundMe’ dan kini mereka telah berjaya mengumpul wang sebanyak $57,000 (RM236,350) melebihi sasaran mereka $50,000 (RM207,325). Angkara salah faham, Barbara Corcoran turut membantu Ryo dengan sumbangan $12,000 (RM50,000) sebagai ganti rugi untuk menyusun semula perabot dalam rumah itu.

IMG6189A

Sumber: Gothamist

“Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai kejiranan yang sangat baik hati dalam membantu saya. Ada antara mereka yang sanggup mengedarkan poster untuk mencari kehilanggan saya,” ujar Ryo lagi.

Baca lagi perkongsian kami yang trending menerusi pautan di bawah.

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Keluarga China Borong Kesemua 20 Unit Kondominium Mewah Di Singapura Pada Harga RM900 Juta

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta

Anda Mungkin Suka