Juadah nasi lemak mungkin bagi kita adalah satu benda biasa sahaja. Tetapi bagi sesetengah individu pula mengganggap ia sebagai perkara yang mewah.

Begitulah pengajaran yang dapat diambil daripada sebuah video yang tular di Twitter memaparkan rakyat Pakistan daripada kawasan pendalaman dipelawa mencuba juadah popular di Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter @magmalaya

Mereka disajikan dengan menu seperti nasi lemak lauk ayam goreng, roti jala cicah kari dan teh tarik.

Video itu pada mulanya dimuat naik ke YouTube oleh saluran Reactistan yang menyediakan konten memaparkan reaksi dan penerimaan warga Pakistan terhadap makanan antarabangsa.

Perkara yang menjentik keinsafan dalam kalangan warganet adalah ketika melihat reaksi seorang yang lanjut usia apabila dihidangkan nasi lemak di hadapannya.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur yang saya dihidangkan dengan ‘santapan Diraja’ hari ini”, kata lelaki itu.

Namun begitu, lelaki tersebut terkejut apabila dimaklumkan bahawa nasi lemak sebenarnya adalah hidangan untuk golongan marhaen.

Seorang individu di sebalik tabir menerangkan bahawa pada mulanya nasi lemak ini adalah makanan untuk mereka yang berkerja di ladang dan kebun.

“Untuk peladang? Saya ingat ini (nasi lemak) adalah untuk golongan raja dan pemerintah”, balas lelaki itu terpinga selepas mendapat tahu tentang perkara tersebut.

Antara komen yang menyuntik kesyukuran apabila mereka sepakat berpendapat bahawa nasi lemak adalah satu makanan yang mewah.

“Saya makan nasi lemak ini boleh kenyang sampai tiga hari.

”Jika nasi lemak ini adalah sejenis sarapan pagi, ia sangat berat dan saya akan mengambil masa untuk menghadamnya”, kata warga pakistan lain.

Video itu telah menyebabkan rata-rata warganet sedar bahawa kita mengambil ringan apa yang dimiliki kerana sudah terlalu senang dan mudah didapati.

Sumber Gambar: Twitter @magmalaya
Sumber Gambar: Twitter @magmalaya
Sumber Gambar: Twitter @magmalaya

Ramai yang meluahkan rasa syukur kerana masih dapat menikmati juadah nasi lemak seperti biasa walaupun dianggap mewah oleh golongan yang kurang bernasib baik.