Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang YouTuber Malaysia memuat naik sebuah video unbox sebuah Dybbuk Box. Menerusi video tersebut, beliau telah menceritakan betapa hebatnya gangguan yang bakal diterima pembuka kotak ini.

Malah, sebelum ini dikatakan seorang penyanyi popular turut mengalami perkara yang sama sejak daripada membuka kotak yang penuh dengan misteri ini.

Dalam usaha untuk ‘mencuba’ pengalaman membuka kotak ini, YouTuber popular ini tidak menunggu lama untuk merasai sesuatu yang pelik sebaik sahaja Dybbuk Box dibuka.

Video yang menyeramkan dan mengejutkan penonton ini secara tidak langsung turut mengundang kepada pelbagai komen dan respon daripada para netizen. Terdapat para netizen yang mempercayai kehadiran makhluk Dybbuk yang dipercayai mampu menganggu si pembuka manakala terdapat juga segelintir yang tidak mempercayainya secara total.

Di sebalik kehangatan orang ramai membincangkan mengenai ‘kekuasaan’ Dybbuk Box, Kevin Mannis yang berbangsa Yahudi serta penulis buku seram serta pencipta kepada idea Dybbuk Box tampil menjelaskan mengenai ‘isi kandungan’ Dybbuk Box.

Screen Shot 2021-01-04 at 10.10.33 AM

Screen Shot 2021-01-04 at 10.10.45 AM

Menurutnya, Dybbuk Box yang ‘dicipta’ sengaja ditokok tambah dengan cerita misteri bagi menghasilkan elemen seram pada kotak ini. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menunjukkan Dybbuk Box asli ciptaan beliau yang digunakan untuk mengisi arak.

Kevin Mannis nyata sangat terkejut dengan respon penjual yang menggunakan Dybbuk Box yang dianggap sebagai harta intelek beliau untuk didagangkan pada platform Ebay.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat pencipta sebenar Dybbuk Box, timbul pula sebuah persoalan di kalangan netizen mengenai adakah Dybbuk Box yang ditawarkan penjual lain benar-benar mempunyai entiti mistik atau YouTuber berkenaan sekadar berlakon demi konten.

Tular beberapa hari lalu apabila PrinceMeed seolah menerima gangguan sebaik sahaja ‘kotak berhantu’ ini dibuka.

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Isa Isarb Muncul Sebagai YouTuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020

Sumber