Melihat kehijauan warna daun dan bunga-bungaan pasti membuatkan anda berasa tenang terutama sekali ketika marah atau minda kusut dengan masalah yang melanda diri.

Terletak di Puchong dan juga Ampang, Plant & Pot Studio ini akan memberikan kelainan buat pengunjungnya. Mana tidaknya, jika dilihat pada luar kedai mesti anda sangka Plant & Pot Studio ini adalah nurseri tetapi ia lebih dari itu.

Dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok-pokok untuk anda beli dijadikan perhiasan di rumah dan mungkin boleh menanam bunga untuk dijadikan hobi. Semestinya pencinta alam semulajadi akan gembira ketika berkunjung ke sini.

Tidak mahu membeli pokok bunga? Tidak mengapa, anda boleh merehatkan minda anda dengan minum secawan kopi sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang ada di situ.

Bukan sahaja menjual pelbagai pilihan minuman, malah anda juga dapatkan pelbagai variasi kek sebagai pemanis mulut. Barulah lengkap makan kek sambil minum kopi.

Bagi anda yang suka bergambar, setiap sudut di Plant & Pot Studio ini sangat sesuai untuk kaki foto mengabdikan kenangan di sini. Boleh juga membuat kerja anda di sini, barulah kerja akan lebih efisyen.

Sebelum terlupa, Plant & Pot Studio ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Tunggu apa lagi? Bolehlah terjah hujung minggu ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan tempat makan menarik pada pautan di bawah ini.

Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Retro Di Banting Ini Tawarkan Keunikan Buat Para ‘Food Hunter’

Ingatkan Rumah, Kafe Berkonsepkan Klasik Dan ‘Rusty’ Di Kuala Lumpur Ini Bakal Jadi Port Lepak Anda

Bukan Sekadar ‘Vending Machine’, Rupanya Pintu Ke Kafe Tersembunyi Yang Comel Dan Minimalis