Pada petang semalam tular sebuah rakaman video pendek menunjukkan sebuah kereta Perodua Viva telah dikepung orang ramai ekoran didakwa telah membuat satu cubaan menculik seorang remaja OKU di kawasan Saujana Rawang.

Seorang wanita berbaju merah yang dipercayai ibu kepada remaja tersebut dilihat ‘membelasah’ pemandu Perodua Viva itu dan menjerit-menjerit menyatakan anaknya telah diculik oleh pemandu tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, setelah siasatan telah dibuat pada kedua belah pihak, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Bin Mohamed menyatakan tiada elemen penculikan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Menurut ACP Zainal, remaja perempuan OKU tersebut bersama ibunya telah pergi ke sebuah warung di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan. Setelah selesai membeli sarapan, ibunya telah mendapati anaknya telah hilang. Terdapat peniaga yang berhampiran memberitahu ibunya yang remaja tersebut telah menaiki sebuah Perodua Viva dipandu oleh seorang lelaki.

Salah seorang rakan wanita tersebut telah menyebarkan tentang berita kehilangan anaknya sehingga kereta Viva tersebut berjaya dikesan pada pukul 12.30 tengah hari di Saujana Rawang. Remaja OKU tersebut telah berjaya ditemukan dalam keadaan yang selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Tambah ACP Zainal lagi, pemandu berusia 80 tahun itu telah membenarkan mangsa naik kenderaannya kerana beranggapan mangsa minta pertolongan. Namun, dia tidak pasti ke mana arah tuju untuk membawa mangsa sehinggalah ditahan kenderaan awam di lokasi kejadian.

https://twitter.com/damiabee/status/1408765135695466503?s=20

Setelah mendapatkan kisah sebenar daripada kedua-dua belah pihak, ibu kepada remaja OKU tersebut telah menarik semula laporan polis mengenai kehilangan anaknya.

Pemandu Perodua Viva dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan pemandu warga emas yang juga seorang OKU itu tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian dia telah disalah anggap sebagai penculik remaja OKU tersebut.

Sementara itu anda boleh baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini.

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?

Edar Produk Di SJR, ‘Bantuan’ Pengasas Jenama Kecantikan Ini Dipersoal Netizen

‘Collector’ Di Kelantan Mahu Jual Model Converse Pertama Dunia Dengan Harga RM40,800