Sebuah video aksi kereta kelisa dikejar dua buah kereta polis di Banting, Kuala Langat telah tular di group Banting. Perkongsian video tersebut mencuri perhatian netizen dan menimbulkan pelbagai reaksi serta tanda tanya penduduk setempat.

Situasi ‘cemas’ yang ditonjolkan dalam video membuatkan ramai ingin tahu apa sebenarnya terjadi. Untuk pengetahuan anda, kejadian tersebut dirakam pada 19 Ogos 2020, jam 11 pagi di berhadapan Hospital Banting, Jalan Sultan Ahmad Shah menghala ke Morib.

Berikutan itu, pihak Polis Daerah Kuala Langat dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa situasi ‘cemas’ tersebut bukanlah kerana jenayah tetapi hanyalah lakonan semata-mata.

Difahamkan, adegan tersebut hanyalah lakonan untuk penggambaran filem Tamil yang dijalankan di Banting. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu akan perkara itu dan tertanya-tanya akan kejadian sebenar.

Diharap penjelasan daripada pihak Polis Daerah Kuala Langat menjawab persoalan orang ramai. Malah, ada juga netizen bertanya akan tajuk filem itu kerana ingin menontonnya nanti selepas ditayangkan kelak.

Screenshot 2020-08-21 at 10.44.42 AM

Screenshot 2020-08-21 at 10.45.05 AM

Tahukah anda bahawa polis ada menahan pemandu samseng ‘on the spot’? Klik pautan di bawah untuk ketahuinya.

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba