Walaupun baru-baru ini Malaysia direkodkan sebagai negara mempunyai jumlah kematian jalan raya yang paling rendah berkaitan alkohol, namun ia tetap menjadi satu ‘barah’ sehingga menyusahkan individu yang tidak bersalah.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Satu rakaman video tular di TikTok apabila ada sebuah kereta berhenti di hadapan lampu isyarat selama tiga jam. Menurut @muhammadrozisyafiq, dalam kereta itu ada seorang lelaki kaku tidak bergerak, disyaki sudah tidak bernyawa.

@muhammadrozisyafiq

ingatkan mati rupanya mabuk.3 jam tidur kt traffic light. Bomba datang nk tolong tapi kena F*ck pulak.dahlah mabuk menyusahkan orang . kalau kena report dengan tiktok lagi- taktau nak cakap apa dah . #srihartamas #fyp #pemabuk

♬ original sound – Muhammad rozi syafiq – Muhammad rozi syafiq

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Sekumpulan bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa, bagaimanapun pemandu kereta tersebut masih bernyawa dan menghamburkan kata-kata kesat kepada pasukan penyelamat itu yang ‘mengejutkannya’ daripada tidur.

Dalam video itu, salah seorang ahli bomba menyoalnya sama ada lelaki itu mabuk sehingga tertidur di tengah-tengah jalan raya. Namun, lelaki itu menafikan dakwaan tersebut dan menghamburkan kata-kata kesat dengan isyarat badan seperti seseorang di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian yang berlaku di Sri Hartamas itu telah menarik perhatian warganet yang berasa kurang senang melihat tindakan lelaki tersebut; sudahlah orang bimbangkan keselamatannya, tetapi boleh pula dia membalasnya dengan makian.

Sumber Gambar: TikTok @muhammadrozisyafiq

Sumber Gambar: TikTok @muhammadrozisyafiq

Sumber Gambar: TikTok @muhammadrozisyafiq

Sumber Gambar: TikTok @muhammadrozisyafiq

Sumber Gambar: TikTok @muhammadrozisyafiq

Pada masa sama ada yang ‘menyokong’ tindakan lelaki itu dengan berhenti tidur di tepi jalan kerana ia ‘lebih selamat’ berbanding jika dia meneruskan pemanduan dalam keadaan yang tidak stabil.

Ada juga yang bersependapat, tutup sahaja kilang arak, pasti tiada lagi kes individu mabuk pada masa akan datang.

Pada tahun lalu tular kes lalu lintas menjadi terlalu sesak apabila dua individu dipercayai mabuk tertidur di hadapan lampu isyarat.

Lalu Lintas Sesak Selepas Dua Individu Disyaki Mabuk Tertidur Di Hadapan Lampu Isyarat

Lelaki Mabuk Ikut Pihak Berkuasa Cari Orang Hilang, Rupanya Yang Dicari Adalah Dirinya Sendiri

Pegawai Tentera Udara Mabuk Ketika Memandu, Langgar Enjin Pesawat Pejuang Hingga Terbakar