Sudah menjadi lumrah di mana para pembeli tidak mahu ditipu atau kerugian manakala para pembeli pula mahu meraih keuntungan daripada barangan yang dijual. Walau bagaimanapun, situasi sedikit berbeza pada kali ini apabila seorang pembeli pada awalnya telah mempersoal timbangan baja yang dibeli beliau di Shopee.

Situasinya bermula apabila pembeli baja berkenaan memaklumkan baja yang disangka mempunyai berat 5kg sekadar dimuatkan dengan berat 4kg sahaja. Kurang 1kg daripada jumlah yang beliau harapkan. Tidak berpuas hati dengan baja yang diterima, beliau terus menyoal dan memaklumkan kepada pembeli baja berkenaan di Shopee.

152709366_10158906627318859_417101590742417059_n
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi
152424687_10158906627398859_1867164112188776672_n
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi

Menerusi pertanyaan yang dibuat, beliau yang mendakwa dirinya pakar dalam bidang volumetric and weighing ini bertanyakan alat ukur apakah yang diguna pakai. Beliau juga turut memaklumkan meskipun nilai ketumpatannya berbeza namun beratnya masih sama.

Bagai bertemu buku dengan ruas, siapa sangka penjual baja berkenaan merupakan Dr Mohd Nazmi dan juga seorang doktor falsafah dalam bidang biomass energy. Menurut beliau, baja yang dijual diukur menggunakan volumetric jar yang berisipadu 1 liter.

152570615_10158906641093859_4338199231522675972_n
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi
152731190_10158906641158859_2515060847084413012_n
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi

Beliau juga turut menerangkan formula pengiraan ketumpatan atau density di mana berat dibahagi dengan jumlah isi padu. Meskipun 1 liter tanah, pasir, air dan batu mempunyai jumlah isipadu yang sama namun semuanya memiliki berat yang berbeza.

Penerangan jelas yang diberikan Dr Mohd Nazmi ini berjaya membuat pembeli terkelu seketika sebelum menjawab jawapan balas yang diberikan doktor falsafah ini.

155305330_10158907259453859_175914367161941870_n
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi
152583403_10158907259513859_5806713634932346637_n (1)
Sumber: Facebook Mohamad Nazmi

Menurut perkongsian, pembeli berkenaan tampil mesej semula di ruangan chatbox Shopee di mana beliau berpuas hati dan faham dengan penerangan yang diberikan. Beliau juga turut memohon maaf atas dakwaan yang dibuat sebelumnya.

Dr Mohd Nazmi juga nampaknya turut memohon maaf atas penerangan yang dibuat. Menurutnya, beliau bukanlah mahu mendabik dada merendahkan sesiapa sebaliknya sekadar tegas dengan hal melibatkan timbangan dan sebagainya agar tidak berlaku isu penipuan.

Perkongsian yang dibuat lelaki ini sekadar untuk memaklumkan kepada orang ramai untuk tidak merendahkan ilmu seorang penjual baja yang dianggap lekeh di mata beberapa pihak.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengapa unit isipadu dipilih berbanding unit berat, anda boleh klik di sini bagi mendapatkan penjelasan beliau.

Tular pada minggu ini pihak kerajaan Pahang memaklumkan untuk menghentikan aktivti melombong emas di Kuala Lipas selepas penduduk kampung baru sahaja berjaya mendapatkan kereta secara tunai melalui aktiviti berkenaan.

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

‘Bob Mah Sing’ Rempuh Myvi Berjaya Diberkas Polis