Siapa sangka, telefon bimbit yang hilang disangkakan telah dicuri oleh pencuri yang memecah masuk ke dalam rumah. Namun melalui siasatan yang lebih mendalam, rupanya bukan toyol tetapi monyet.

Itulah pengalaman lucu Zackrydz Rodzi yang dikongsi di laman Facebook beliau. Kejadian yang berlaku di rumahnya pada 13 September kini telah mendapat lebih 150 perkongsian di Facebook dengan kebanyakan netizen ketawa dengan ceritanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspect yang masuk ke rumah saya,“ katanya.

Dia yang juga dikenali dengan Zackwish Gaming menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku setelah dia bangun dari tidur dan gagal mengesan telefon bimbitnya. Namun hasil cariannya di kawasan hutan yang terletak di belakang rumahnya berjaya menemui telefon terbabit.

“Saja round belakang rumah sambil call sebab mana tahu ada binatang masuk rumah, cuma tak expect monyet sebab memang tak terfikir. Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik guna jari monyet,” katanya.

“Aduhh buat hal lah monyet ni. Pandai pulak selfie ngan record video,” kata Hanna Diana yang turut ketawa membaca pengalaman rare dari Zackry. Manakala Xavier Naxa menulis di laman Twitter miliknya, “Bukan ‘kaleng-kaleng’ monyet ni.”

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Padah Curi Motosikal Dengan ‘GPS Tracker’, Pencuri Berjaya Diberkas Selepas Hanya 2 Jam

Tampil Mewah Dan Bergaya, Tetapi ‘Kantoi’ Mencuri Baju Bernilai Ribuan Ringgit