Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Australia, Dr Dharminy Thurairatnam berjaya mencuri tumpuan media Australia apabila dia berjaya menghalang penularan gelombang kedua COVID-19 di Adelaide.

Dia yang berasal dari Klang dianggap sebagai hero setelah berjaya menyekat penularan wabak COVID-19 selepas merawat seorang wanita berusia 80-an di Hospital Lyell McEvin, tempat dia bertugas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada news.com.au, Dr Dharminy berkata bahawa dia percaya bahawa pesakit berusia 80-an itu menghidapi sesuatu kerana terdapat beberapa gejala yang ditunjukkan oleh wanita terbabit.

Pesakit itu pada mulanya mengalami masalah pernafasan dan menunjukkan gejala batuk. Melalui ujian saringan yang dijalankan oleh Dr Dharminy, wanita itu disahkan positif COVID-19.

Lebih parah lagi apabila terdapat lebih 4,000 kontak rapat yang terpaksa diasingkan. Manakala 100 daripadanya adalah dari Jabatan Kecemasan Hospital Lyell McEwin, termasuk Dr Dharminy sendiri.

Berita itu jelas mengundang pelbagai reaksi kesihatan awam, selain mengakibatkan perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negeri.

Dia yang baru berpindah ke Australia tahun lalu mengakui bahawa dia terkejut dan takut apabila mengetahui bahawa dia adalah salah seorang daripada kontak rapat dengan pesakit terbabit.

Bagaimanapun, Dr Dharminy disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID-19 dua kali dan kini sedang menjalani kuarantin di salah sebuah hotel.

Kejayaan Dr Dharminy mengesan simptom tersebut mendapat perhatian media antarabangsa termasuk The Sunday Mail di Adelaide dengan tajuk: “Humble doctor busted cluster”, sementara ABC pula bertajuk: “South Australia’s coronavirus cluster detected by junior doctor who heard a cough in hospital emergency department”.

Untuk rekod, Dr Dharminy berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan pada tahun 2006. Dia sempat bekerja di Pulau Pinang dan Singapura sebelum berhijrah ke Adelaide untuk melanjutkan kerjayanya dalam bidang perubatan.

Terdahulu, netizen bangga melihat seorang pelajar Malaysia berucap di depan 6,000 orang pada hari graduasi di Amerika Syarikat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia