Seorang lelaki telah ditahan oleh polis setelah dia cuba membunuh isterinya dengan sebuah kereta Myvi pada Rabu lalu di sebuah pasar raya berhampiran Tandop, Alor Setar.

Lelaki tersebut dilaporkan mahu membunuh isterinya. Tetapi rancangannya berjaya dipatahkan selepas isterinya diselamatkan oleh anak mereka yang hadir ke tempat kejadian.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah keluarga. Lelaki yang berusia 45 tahun itu menjadi marah setelah bertengkar dengan isterinya di tempat letak kereta.

“Suspek, yang memandu Perodua Myvi, cuba melarikan mangsa tetapi dia gagal. Anak mereka yang hadir di tempat kejadian berjaya menyelamatkan wanita itu daripada dilanggar kereta,” kata Ketua Polis Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin selepas menangkap lelaki tersebut setelah isterinya membuat laporan polis.

Mohd Rozi juga menjelaskan bahawa jika wanita itu tidak diselamatkan oleh anaknya, kes itu akan diklasifikasikan sebagai pembunuhan.

“Sekiranya dia tidak diselamatkan, kami mungkin akan mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk melihat tindakan apa yang sesuai diambil terhadap lelaki itu,” katanya.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ibarat ‘Buku Bertemu Ruas’, Netizen Kongsi Video Myvi Terlanggar Kereta Polis Di Lebuh Raya

Gara-Gara Langgar Viva Hingga Remuk, Pemilik Lamborghini Belikan Mangsa Myvi Sebagai Ganti