Toy Story, Coco, Cars, The Incredibles. Ini adalah antara animasi yang berjaya memenangi anugerah oleh Pixar Animation Studios atau lebih dikenali sebagai Pixar.

Tahukah anda di belakang mereka ada rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pengarah, artis digital dan juruanimasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut adalah rakyat Malaysia yang bekerja di Pixar, sebuah syarikat Walt Disney di California, Amerika Syarikat.

Lyon Liew

Beliau dilahirkan di Melaka, kemudian berpindah ke Singapura dan kini bekerja sebagai Pengarah Teknikal di Pixar.

Lyon bekerjasama dengan pemodel, riggers dan juruanimasi untuk memastikan watak yang dibina kelihatan baik ketika bergerak.

Pasukannya juga bekerjasama dengan pencipta untuk mereka bentuk dan menguji alatan yang diperlukan untuk memastikan aliran kerja mereka cekap dan berkualiti tinggi.

Lyon adalah sebahagian daripada tenaga kerja yang mencipta Coco dan Incredibles 2.

Selain itu, dia juga terlibat dalam filem blockbuster seperti Jurassic World, Ready Player One, The Avengers, Pacific Rim dan Transformers.

“Cari sesuatu yang anda minati dalam bidang ini, sama ada reka bentuk watak atau pengaturcaraan dan teruskan melakukannya.

“Terus hasilkan seni setiap hari. Saya tidak dapat menjamin bahawa ia akan membawa anda ke dalam industri, tetapi ia akan membantu dan hari di mana anda mampu mencipta sesuatu adalah hari yang baik,” kata Lyon.

Kiki Poh

Berasal dari Johor, Kiki adalah rakyat Malaysia pertama yang menyertai Pixar.

Beliau adalah sebahagian daripada tenaga kerja untuk produksi filem Toy Story, Monsters dan Inside Out.

Bermula sebagai pekerja pelatih, kini beliau sudah berada di sana selama lebih dari 10 tahun dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Teknikal di Pixar.

Peranan utamanya ialah memberi tumpuan kepada pelaksanaan tekstur permukaan dan warna watak animasi.

Ini bermakna beliau perlu melihat secara terperinci untuk menjadikan watak tersebut realistik.

“Jangan pernah takut untuk mencuba sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

“Pada masa yang sama, ketahuilah bahawa anda akan menghadapi semua jenis cabaran dalam perjalanan anda.

“Sentiasa bersemangat dalam apa yang anda lakukan. Jangan biarkan sesiapa memberitahu anda apa yang anda tidak boleh lakukan,” kata Kiki.

Andrea Goh

Andrea, berasal dari Kuala Lumpur adalah Peneraju Reka Letak (Kamera dan Pementasan) di Pixar serta merupakan salah seorang tenaga kerja di sebalik Toy Story 4.

Sebelum ini beliau diterima sebagai salah seorang pelajar di bawah Program Sarjana Muda Pixar dan diserap sebagai pelatih pengarah teknikal.

Antara hasil kerja Andrea yang lain adalah Cars 3 dan Incredibles 2.

Kerjanya di Pixar melibatkan penentuan bingkai, sudut kamera, laluan kamera dan pencahayaan setiap adegan animasi.

Karya terbaru yang dihasilkan olehnya adalah ‘Love, Death & Robots’ Netflix.

“Cari apa yang anda mahukan.

“Gali lebih dalam.

“Cari info yang lebih, teruskan mencuba, teruskan berlatih dan kerja keras,” katanya.

Capai kejayaan cemerlang di luar negara, ini 5 rakyat Malaysia yang mungkin anda tidak kenali. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Capai Kejayaan Cemerlang Di Luar Negara, Ini 5 Tokoh Rakyat Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Kenali

‘Teh Tarik Gelas Besar’ – Foto Kualiti Air Sungai Di Kelantan Curi Perhatian Rakyat Malaysia

Kisah Menarik Rakyat Malaysia Yang Bergelar Frontliner Sepanjang Tempoh PKPP