Sebut mengenai game Fornite di kalangan mobile gamer, pasti ramai yang mengetahuinya. Berjaya menjadi pilihan para gamer menawarkan hadiah bernilai jutaan Ringgit membuatkan game ini mendapat perhatian ramai.

Dalam pada itu, tular pada hari ini apabila Apple telah memilih untuk membuang aplikasi Fornite yang merupakan antara game paling popular pada platform ini daripada App Store. Bukan itu sahaja, difahamkan Google juga turut melakukan perkara yang sama pada Google Play Store.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Mengapa Fornite disekat daripada App Store

Screen Shot 2020-08-14 at 3.08.06 PM

Semuanya bermula apabial kemas kini Fornite menawarkan pilihan buat para gamer mendapatkan barangan atau kelengkapan dalam game dengan harga yang lebih rendah berbanding mendapatkannya melalui Epic Games.

Apa yang menjadi isu adalah pembelian di dalam game secara tidak langsung membuatkan Apple tidak memperoleh keuntungan. Difahamkan sekatan daripada App Store ini umum diketahui Epic Games namun syarikat ini masih degil untuk meneruskannya.

Menurut Epic Games, apa yang dibuat adalah bertujuan bagi membolehkan para gamer mendapatkan kelengkapan yang diingini kerana Apple terlalu ‘zalim’ dalam mengecas komisen sehingga 30% untuk setiap pembelian.

Berdasarkan sekatan yang dikenakan, Epic Games telah memuat naik sebuah video dengan menghasilkan parodi kepada iklan Apple pada tahun 1984.

Mendapat perhatian streamer Fortnite

Di sebalik sekatan yang dibuat, para gamer khususnya streamer lebih cenderung untuk menyokong tindakan Epic Games selaku pembangun game Fortnite kerana tidak mahu membayar wang yang banyak kepada Apple.

Lebih merisaukan para streamer Fornite yang bermain pada platform iPhone, Apple memilih untuk membuang beberapa features pada game ini menerusi kemas kini terbaru.

Meskipun platform iOS bukanlah platform terbesar buat Fortnite, ketiadaan game ini di App Store secara tidak langsung akan mengurangkan jutaan Ringgit daripada pembangun game ini. Berikut merupakan video yang pernah dikeluarkan Apple pada tahun 1984 yang digunakan Epic Games untuk memerli Apple.

Sebelum ini dua YouTuber pernah disaman Fortnite diatas cubaan mempromosikan ‘aimbots’ di dalam video yang ditonton jutaan penonton.

Dua YouTuber Disaman Pemilik Permainan Fortnite

Fortnite Perkenalkan ‘Skin’ Terbaru Menampilkan John Wick

Sumber