Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kecoh pada bulan Mac lalu apabila Justin Bieber selaku selebriti popular dunia mengumumkan konsert World Tour pada bulan Oktober ini yang turut menyertakan Malaysia dalam senarai.

Pengumuman tersebut berjaya disambut baik oleh para peminat Justin Bieber di Malaysia di mana tiket jualan beliau berjaya terjual dalam tempoh 3 jam sahaja.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Dalam pada itu, siapa sangka selebriti yang dinantikan ramai ini dilaporkan diserang dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’ di mana sindrom ini akan menyerang bahagian bibir, mata dan separuh riak wajah membuatkan pesakit seakan lumpuh separuh muka.

Perkara ini turut disahkan oleh Justin Bieber sendiri menerusi perkongsian terbaru di Instagram beliau yang memaklumkan sakit yang dialami serta mengharapkan orang ramai memahaminya. Perkongsian beliau di Instagram turut mendapat perhatian para selebriti serta rakan beliau yang mengharapkan beliau kembali sembuh.

Sumber: Instagram justinbieber

Menurut perkongsian di Facebook Dr Yazeed Hair Johari, penyakit ini berpeluang untuk sembuh sekiranya menerima rawatan fisioterapi dan magnetotherapy dalam tempoh sekitar beberapa bulan. Walau bagaimanapun, terdapat pesakit yang terpaksa menanggung sindrom ini dalam tempoh yang lebih panjang serta mengalami pekak dan lumpuh kekal.

Sumber: mayo clinic

Melihat kepada tempoh rawatan yang diperlukan untuk kembali pulih, berkemungkinan konsert World Tour Justin Bieber yang turut menyertakan Malaysia dalam senarai mungkin dibatal atau ditangguhkan. Justin Bieber juga turut mengesahkan konsert beliau di Amerika Syarikat dalam masa terdekat telah disahkan batal.

Diharapkan semoga Justin Bieber kembali sembuh sekaligus bebas daripada sindrom ‘Ramsay Hunt’ yang dialami. Pastinya para peminat dan orang ramai juga turut mengharapkan perkara yang sama buat selebriti popular ini.

Sebelum ini Justin Bieber yang tampil dengan imej bertudung semasa konsert di Amerika Syarikat pernah dituduh mempersendakan Islam.

Justin Bieber Bertudung Semasa Konsert Di AS, Dituduh Persendakan Islam

Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber

Mahu Elak Masalah Kesihatan Mental, Justin Bieber Pilih Untuk Jauhi Telefon Pintar