Sejak Neelofa melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya iaitu PU Riz, pelbagai kontroversi telah timbul sekaligus menjadi buah mulut para netizen. Neelofa walau bagaimanapun telah tampil dengan sebuah video membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang dibuat.

Menerusi laporan terbaru Harian Metro, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan pasangan ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Shotgun
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. Sumber: Today Online

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata telah mencadangkan agar pasangan ini dikenakan kompaun walau bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya merupakan pihak yang akan memutuskan sama ada pasangan ini akan didakwa atau sebaliknya.

Kenyataan yang dibuat nampaknya kurang disenangi netizen yang mempersoal layanan berbeza yang diterima. Menurut para netizen, terdapat beberapa isu melibatkan diri mereka mahupun pihak luar yang terus dikenakan kompaun tanpa disiasat.

Screen Shot 2021-04-13 at 12.24.46 PM

Screen Shot 2021-04-13 at 12.24.35 PM

Screen Shot 2021-04-13 at 12.24.11 PM

Sebagai rekod, penganjur sukan drag baru-baru ini telah dikompaun sehingga RM20,000 gara-gara tidak mengikuti SOP dalam menjaga penjarakan fizikal. Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Neelofa sebelum ini turut melahirkan rasa syukur selepas cawangan Chatime beliau di Langkawi sudah mulai diketahui ramai sekaligus menjadi free marketing buat beliau.

‘Free Marketing’ Seluruh Negara, Neelofa Bersyukur Chatime Di Langkawi Sudah Diketahui Ramai

Dakwa Tidak Patuh SOP, Polis Sedia Buka Kertas Siasatan Penganjur Majlis Neelofa Dan PU Riz