Pada minggu ini, kecoh di laman media sosial baik di Facebook, Twitter mahupun Instagram dimana terdapat orang ramai mengulas pendapat mereka mengenai penjualan iPhone terbaru. Selain itu, tidak kurang juga mereka yang mengongsikan kegembiraan kerana berjaya memiliki iPhone yang hadir dengan harga premium ini.

Pada 27 September lalu, Apple secara rasminya menawarkan model terbaru iPhone di Malaysia dimana lelaki dengan imej berkopiah ini berjaya menjadi pembeli terawal Apple iPhone 11 Pro 512GB berharga RM6,499 di Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebalik tweet yang dikongsikan pihak pengedar, nampaknya terdapat netizen yang tidak senang hati dengan pembelian lelaki ini lantas memuat naik tweet yang menyindir lelaki ini untuk memfokuskan kepada ibadah umrah daripada membeli iPhone dengan harga mahal ini.

Walau bagaimanapun, disebalik kecaman yang dikenakan, terdapat netizen lain yang mengongsikan dimana ‘pak cik’ yang dikenali dengan nama Dr. Awang Nila bin Ismail merupakan pakar sakit puan dan bertugas di Hospital Kumpulan Perubatan Johor Perdana di Kota Bharu. Berikut dikongsikan sedikit info mengenai Dr. Awang Nila.

photo6091384926181107953

Bukan hanya mempunyai pekerja yang mulia dan bergaji tinggi, para netizen juga turut berkongsi dimana beliau sememangnya kerap mengerjakan ibadah umrah.

Sejurus selepas tweet mengenai Dr. Awang dikongsikan, dapat dilihat pandangan orang ramai terhadap pembelian iPhone dengan harga tinggi ini berubah mengetahui status beliau yang lebih daripada mampu untuk memilikinya. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mudah menghukum terhadap pembelian yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali sebelum mengetahui dengan lebih lanjut.

Kami kongsikan kepada anda yang turut berminat untuk mendapatkan Apple iPhone 11 Pro. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apple iPhone 11 Pro Max Terbukti Mempunyai Ketahanan Bateri Terpanjang

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

Baru Sahaja Dilancarkan, Apple iPhone 11 Pro Sudah Menjadi Bahan ‘Meme’