Pada ketika ini, sidang media sedang berlangsung di mana Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menjawab soalan-soalan berkenaan keputusan mesyuarat kabinet yang berlangsung sebelum ini.

Antara berita gembira untuk rakyat adalah diskaun kutipan tol di semua lebuhraya 2 hari sebelum hari raya pada kadar 50%. Inisiatif ini semestinya dapat mengurangkan perbelanjaan rakyat yang akan menggunakan lebuhraya untuk pulang ke kampung halaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tun Mahathir juga memperkenalkan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Nilai dan bila Bantuan Sara Hidup ini akan bermula akan diumumkan dalam masa terdekat.