Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel berpeluang mendapat diskaun 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan itu pada pukul 6 hingga 7 pagi mulai 16 September.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata diskaun kepada pembayaran tanpa tunai (cashless payment) diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan monorel ketika waktu puncak.

“Pengguna Touch ‘n Go, MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30 dan pemegang kad konsesi (pelajar, warga emas dan OKU) akan menikmati potongan harga.

“Diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penumpang mengubah corak perjalanan mereka dari pagi waktu puncak, antara 7 hingga 9 pagi, kepada 6 hingga 7 pagi untuk mengelakkan kesesakan di beberapa stesen,” katanya pada sidang akhbar semalam.

“Diskaun ini termasuk LRT aliran Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang, monorel Kuala Lumpur dan Bas Rapid Transit (BRT) aliran Sunway, ” katanya.

Kira-kira 66 peratus pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group