Berita baik buat anda yang memiliki saman trafik tertunggak, ini masanya untuk anda melunaskan saman anda. Bersempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi diskaun sehingga 50% bagi saman trafik bermula hari ini hingga 9 November ini dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Anda yang ingin mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran boleh ke Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Malah, lokasi pemberian diskaun saman ini juga akan dilaksanakan di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

Adalah disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik atau menerusi dalam talian iaitu MyEG Services dan RILEK e-Services, dan sebagainya tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang termaktub. Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web ini.