Bermula 10 Januari, hari ini sehingga 12 Januari (Khamis), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman-saman terpilih sehingga 50 peratus.

Menerusi perkongsian Facebook JSPT KL, sesiapa sahaja dari seluruh Malaysia boleh mendapatkan diskaun saman di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang sepanjang tiga hari tersebut.

Baca Juga:

“Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.

“Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai/debit kad/kredit kad. Tetapi digalakkan bayar secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran. Terminal pembayaran disediakan jika mahu menggunakan debit/kredit kad,” petik perkongsian Facebook JSPT KL.

Hanya untuk saman PDRM sahaja, semua jenis saman boleh mendapat kadar pengurangan sehingga 50 peratus kecuali sembilan jenis kesalahan ini

  1. Kesalahan tidak boleh dikompaun
  2. Kesalahan status perbicaraan
  3. Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  4. Kesalahan pengubahsuaian ekzos
  5. Kesalahan memotong secara bahaya
  6. Kemalangan
  7. Kesalahan potong di garisan berkembar
  8. Kesalahan lorong kecemasan
  9. Kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah

Dalam pada itu, tawaran ini sah untuk semua saman dari seluruh Malaysia, tidak terhad saman di Kuala Lumpur sahaja.

Jika anda mempunyai saman yang perlu dijelaskan, bolehlah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengurangan.

Sumber