Setiap kali jualan murah tiba, mesti anda tidak akan terlepas peluang untuk mendapatkan barangan yang sudah lama anda ‘aim’. Semestinya jualan murah akan bantu anda menjimatkan perbelanjaan anda.

Apa kata anda ke Plaza Sungei Wang untuk membeli belah sempena jualan hebat 10.10? Bermula sekarang sehingga 17 Oktober 2021, pelbagai promosi berbaloi yang anda boleh dapatkan di Plaza Sungei Wang.

Difahamkan anda boleh dapatkan diskaun sehingga 80% pada promosi hebat kali ini. Jom kami kongsikan promosi menarik yang boleh anda rebut:

1. Jualan penghabisan stok PUMA

Bagi anda yang mencari kasut larian ataupun pakaian untuk bersenam, bolehlah singgah ke Centre Court, Plaza Sungei Wang. Sempena jualan penghabisan stok, diskaun sehingga 80% menanti anda dan promosi ini akan tamat pada 17 Oktober 2021.

2. Jualan gudang Good2U

Anda mahu bercuti atau masuk kembali ke pejabat tetapi tiada pakaian baru? Ini saatnya anda beli pakaian baru dengan harga murah. Pelbagai jenis pakaian dijual dengan harga serendah RM10 boleh didapati di Good2U dan beg hanya RM1 setiap hari eksklusif untuk 30 pelanggan pertama sahaja!.

3. Jualan 10.10

Seperti pusat beli-belah lain, Plaza Sungei Wang juga hadir dengan pelbagai kedai yang akan memberikan pelanggannya pilihan untuk berbelanja. Selain diskaun sehingga 80%, anda juga boleh dapatkan snek dengan harga RM1, diskaun 50% untuk rawatan kecantikan dan banyak lagi.

4. Parking percuma

Lebih menguntungkan, anda tidak perlu risau harga parking ketika berbelanja kerana anda layak menebus parking percuma untuk 2 jam dengan berbelanja minimum RM30 dalam satu resit.

Dapatkan segera barangan yang anda mahu dengan harga promosi selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda berbelanja tanpa perlu ‘sakit’ lihat dompet anda.

Tahukah anda, ada kedai di Plaza Sungei Wang yang lelong kasut dan beg RM10? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Gara-Gara Lelong Kasut Dan Beg RM10, Kedai Di Plaza Sungei Wang Ini Diserbu Pelanggan

Mahu Cepatkan Vaksinasi, ‘Shopping Malls’ Sedia Jadi PPV

Plaza Sungei Wang Bakal Diberi Nafas Baharu Menjelang 2019