Baru-baru ini kami ada kongsikan cara menyimpan agar anda berpeluang untuk travel keliling dunia.

BACA : 15 Tips Berjimat Agar Dapat Travel Keliling Dunia

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini kami mahu kongsikan satu tips emas yang boleh anda lakukan agar anda dapat membeli tiket kapal terbang pada harga diskaun.

Tips ini sebenarnya telah dikongsikan oleh Al Irfan Jani di FB wall beliau. Tak sabar nak tahu? Jom baca.

tips beli tiket kapal terbang murah

Bila mesej menderu masuk inbox, ada yang tak puas hati minta saya bocorkan lagi tips nak beli tiket penerbangan murah yang lain. Ok, apa yang mereka tak puas hati dan mahu lebih lagi?

1) Contohnya, saya beritahu, kena booking tiket berbulan-bulan lebih awal dari tarikh terbang.

2) Contoh lain, saya pesan, jangan beli tiket ikut musim bercuti sebab lebih mahal.

3) Saya cadangkan lagi, download beberapa Apps untuk ‘monitor’ beberapa syarikat penerbangan.

4) Ok, saya pun tak nak kalah. Saya kongsi lagi satu tips power, iaitu pilih hari Rabu untuk terbang/mendarat.

Aik? Tip yang ‘rare’ ni pun ramai yang dah tahu? Kata mereka, “Ala Tuan, kalau beli tiket wayang hari Rabu pun kadang-kadang boleh dapat murah sekarang ni.”

Baiklah. Saya pasti, satu tip yang terakhir ni memang BELUM ramai orang yang tahu, dan hanya 0.0001% dari 100,000 penumpang kapal terbang hari ini yang BERANI amalkan trik ini.

Saya pasti, ramai yang ‘kecut perut’ dengan tip ini, iaitu :

JUST ASK FOR IT

– Tip ini hanya boleh digunakan sekali seumur hidup. Tulis surat permohonan “Rayuan Diskaun Tiket Penerbangan Syarikat XYZ.” Ha, ada berani ke, bang? Bukan saja ke syarikat penerbangan tempatan, kalau ada syarikat penerbangan negara lain pun boleh dicuba.

– Nyatakan sebab terkuat kenapa mahu potongan harga ‘kaw-kaw’. Saya cadang, tulis alasan duit tidak cukup. Ataupun, tulis saja duit tabungan belum cukup.

– Tetapkan tarikh penerbangan dan lapangan terbang yang kita mahukan. Ini TIP EMAS, beritahu kita sudi menerima cadangan tarikh yang sesuai dari syarikat penerbangan. Hal ini penting, sebab kita biarkan permohonan kita fleksibel untuk tarikh yang tidak merugikan syarikat penerbangan.

– Nak TIP LAGI EMAS, di dalam surat itu, nyatakan bahawa kita sanggup tidak mengambil apa-apa makanan di atas kapal terbang.

– Dapatkan surat sokongan dari pegawai kedutaan.

– Hantarkan surat secara bertulis tangan atau bercetak komputer, dan kirimkan secara serahan tangan. Dapatkan tandatangan sebagai bukti penerimaan dari pegawai yang menguruskan kaunter, atau di pejabat syarikat penerbangan (biasanya terletak tidak jauh dari lapangan terbang).

– Dapatkan nombor telefon pegawai yang menguruskan permohonan anda. Jangan lupa follow-up, dan kemaskini perkembangan.

tips-beli-tiket-kapal-terbang-murah-3

SIGNIFIKAN

Mungkin ada yang berkata, “Alahai, setakat nak dapatkan diskaun separuh harga sampai leceh macam tu.”

Tapi, saya nak tanya anda, siapakah yang boleh berikan penjimatan separuh harga tiket, misalnya RM1.5k untuk sekeping tiket sehala atau pergi balik ke tanah air? Hanya dengan beberapa keping surat yang perlu anda karang terlebih dahulu? Silap-silap haribulan, anda boleh dapatkan harga penuh PERCUMA 100%, mana tahu rezeki anda, kan?

Jadi, apa alasan anda tidak mahu mencuba?

Dan, satu lagi kisah paling manis yang pernah kami cuba, setelah mengikut satu per satu pesanan saya, sahabat saya akhirnya ditaja tiketnya untuk tempat duduk KELAS BISNES!! Nasib baik zaman tu belum ada IG. Kalau ada IG, kami jangka boleh gegar juga satu Malaysia. Hehe.

Ha, siapa bilang NASIB BAIK dan REZEKI itu turun begitu saja dari langit?

p/s: Alahai, kita janganlah berbohong di dalam surat. Kita cuma merayu dan mohon bantuan. Terpulanglah bagaimana pihak di sana menilai kelayakan kita. Jika tidak layak kita terima bantuan itu, maka memang tak dapatlah. Kalau dapat, rezekilah namanya. Ye tak?

Best ke best tip ni?

Credit : Al Irfan Jani, dengan izin.

Amacam, ada berani? Tak cuba tak tahu ;)

Like page The Vocket di Facebook