Jepun seperti mana yang kita ketahui merupakan salah satu negara yang paling maju di atas dunia ini dengan rakyatnya yang sangat gilakan kerja dan juga kualiti sumber daya kerja manusia yang tidak perlu diragukan lagi.

Bangsa Jepun yang dikenali sebagai bangsa homogenous iaitu hanya satu bangsa atau kaum berbeza berbanding dengan kita di Malaysia yang dikenali sebagai heterogeneous, iaitu negara yang terdiri dari pelbagai bangsa. Budaya kerja keras dan pantang mengalah merupakan salah satu daripada ciri bangsa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahkan jepun turut dijadikan kiblat dunia dalam bidang teknologi bermula dari gadget, automotif sehingga penciptaan robot-robot yang sangat canggih. Semua itu sangat padan jika kita lihat bagaimana masyarakat dan negara Jepun bergerak seiringan sehingga kini.

Namun berbalik kepada semua itu, tahukan korang jika aku katakan masih ada lagi masalah tentang diskriminasi yang menebal dalam darah daging bangsa Jepun sehingga ke saat ini walaupun Jepun secara umumnya adalah satu bangsa.

Walaupun tidak nampak secara terangan namun perbezaan antara kelompok atau kumpulan masih lagi jelas kelihatan dalam urusan pernikahan dan pekerjaan terutama di luar kawasan bandar dan di wilayah Kansai.

Sejarah kumpulan Eta

‘Eta’ dalam bangsa Jepun adalah golongan atau kumpulan yang menduduki kedudukan paling rendah dalam masyarakat. Bahkan mereka juga dianggap tidak layak menduduki hierarki kasta yang ada dalam masyarakat Jepun.

‘Eta’ bermaksud ‘orang-orang kotor / menjijikan’  kerana pekerjaan bagi ‘Eta’ adalah yang berkait dengan penyembelihan, urusan kematian, urusan kubur dan juga algojo (tugas dalam penjara bagi hukum bunuh) adalah pekerjaan umum bagi Eta.

Walaupun rakyat Jepun sekarang sudah semakin kurang yang berpegang kepada agama, tetapi bagi agama Buddha dan Shinto, pekerjaan golongan Eta termasuk dalam pekerjaan yang sangat rendah dan jijik dan mengikut kepercaan mereka pekerjaan begini harus dihindari.

Disebabkan mereka menduduki carta paling bawah dalam masyarakat Jepun, sesetengah golongan Eta dianggap tidak boleh hidup bersama-sama dengan orang normal dan harus hidup di daerah buangan.

Mereka juga tidak berhak memiliki sawah padi dan tidak berhak beribadat di kuil yang biasanya dikunjungi orang ramai. Mereka hanya dibenarkan bersembahyang di kuil yang dikhaskan buat mereka.

Apabila berhadapan dengan orang berkasta lebih tinggi, mereka harus sipan dan merendah diri. Pada zaman Edo, boleh dikatakan 1/7 rakyat Jepun adalah golongan Eta. Dan mereka tidak dibenarkan bernikah dengan orang yang berada di kasta lebih tinggi daripada mereka.

Selain daripada golongan Eta, ada lagi beberapa golongan lain yang turut menjadi buangan dalam masyarakat seperti golongan ‘Hanin’ dan ‘Kawaramano’.  Golongan terbuang ini tergolong dalam satu kumpulan yang dipanggil Burakumin.

Walaupun istilah Burakumin telah dihapuskan ketika era Meiji pada tahun 1871, namun sehingga saat ini diskriminasi terhadap kaum Burakumin masih lagi ada walaupun samar-samar.

Di wilayah Kansai, benda ini masih lagi menebal dalam masyarakat Jepun. Pada pandangan mata pelancong kita semestinya tidak akan perasan tentang hal ini. Setiap kali datang melancong, pandangan mata kita hanyalah tertumpu pada tempat yang ramai orang pergi supaya kita sendiri tidak ketinggalan.

Di mata pelancong, negara luar adalah yang paling terbaik. Hanya negara kita yang selalu bermasalah dari segi politik, budaya, kaum dan segalanya. Sedangkan pada hakikatnya tujuan kita keluar daripada kelompok negara adalah bagi membuka mata dan membuka minda. Bukannya pulang dengan mengagung-agungkan negara lain daripada negara sendiri.

Inilah sedikit sebanyak infomasi tentang sisi gelap Jepun dalam hal diskriminasi yang dianggap sebagai satu bangsa.

“Aku datang bukan untuk melancong, aku datang untuk menerokai.”

Baca lagi: Backpacker Dedah Lubuk Barang ‘Pre-Love’ Dan Lokasi Pakai Kimono Percuma Di Jepun