Senang tak orang perempuan kerja di Jepun? Jepun merupakan sebuah negara yang diklasifikasikan sebagai negara yang maju.

Ketika penularan wabak COVID-19, wujudnya laporan media mengatakan kes perceraian meningkat. Disebabkan itu terdapat istilah ‘coronavirus divorce’.

Sekarang ini ada sebuah firma yang menyediakan khidmat sewaan sementara bagi penempatan. Ia mempunyai 500 unit di seluruh negara dan kerana kurangnya pelancong, kesemua unit itu hampir kosong.

Sekarang ini, terlalu banyak masa berada di rumah meningkatkan risiko penceraian. Jadi firma memberikan bantuan ‘perlindungan sementara’ kepada mereka yang ada isu keluarga, ataupun hanya bagi mencari tempat yang nyaman dan senyap. Penempatannya seperti ala Airbnb dan ada perabot.

japan
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Mynewshub

Apartment yang disediakannya dilaporkan berharga 4,400 yen sehari (~RM180), murah bukan? Menurut laporan firma itu, sudah pun ada 20 pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya. Malah, perkhidmatan yang disediakan termasuk sekali dengan konsultansi perceraian dengan pegawai undang-undang secara percuma selama 30 minit.

Bagi wanita yang ingin bekerja di Jepun, perlu pertimbangkan bahawa Jepun adalah negara ke-121 daripada 153 negara di dunia dalam indeks jurang gender, menurut World Economic Forum 2020.

Ibu tunggal yang berada di negara matahari terbit ini juga sukar untuk mendapatkan tempatnya. Buat masa sekarang tiada istilah ‘jagaan bersama’ (joint custody). Wanita lebih cenderung untuk menampung perbelanjaan dalam membesarkan anak-anak.

Wanita Jepun juga selalunya mendapat peluang kerja sambilan ataupun kerja yang gajinya rendah sahaja. Ia kerana adanya impresi apabila sudah ada anak, golongan wanita lebih cenderung untuk ‘terkeluar’ dari sektor pekerjaan.

People wearing protective face masks are seen before a rehearsal of the Tokyo 2020 Olympic Torch Relay in Hamura
Gambar hiasan. Sumber: Reuters

Oleh itu, kemiskinan dalam kalangan ibu tunggal boleh katakan telah melebihi 50%. Menurut Inagaki Seiichi, profesor dari International University of Health and Welfare, kadar kemiskinan bagi wanita yang lebih tua akan meningkat lebih dari 2 kali ganda untuk 40 tahun akan datang, di mana nilainya pada 25%.

Bagi wanita yang belum berkahwin, wanita yang tua, lebih kurang 50% kadar kemiskinannya. Dari kajian yang dibuat, wanita Jepun akan kehabisan duit 20 tahun sebelum mereka meninggal dunia.

Sejak Perdana Menteri Shinzo Abe mula bertugas pada tahun 2012, 2/3 dari 3.5 juta orang yang memasuki sektor pekerjaan hanyalah kerja sambilan. Sejak pertengahan 2000-an, trend kadar kemasukan kerja sambilan meningkat di kalangan wanita dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini.

Manakala negara lain yang terlibat dalam OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development), trend itu menurun. Menurut kajian dari sektor kerajaan di bawah Perdana Menteri Abe, 40% wanita yang mempunyai kerja sepenuh masa akan tukar ke kerja sambilan atau tinggalkan pekerjaan, apabila mula mengandung.

Lebih dari 40% wanita yang bekerja sambilan hanya mendapat 1 juta yen (RM41,000) atau kurang bagi tempoh setahun. Itu di bawah tahap kemiskinan. Bagi satu isi rumah, purata kos hidup sebulan untuk lebih dari 2 orang adalah 287,315 yen (RM11,779.90)

Bagi sektor swasta, banyak syarikat memberikan elaun suami isteri kepada pekerja, asalkan pasangannya mendapat gaji yang kurang dari nilai tertentu. Ini antara sebab para wanita mengurangkan beban kerjanya supaya mendapat manfaat tersebut.

Diharap perkongsian ini bermanfaat dan dapat ‘membuka mata’ anda di luar sana akan hak wanita untuk bekerja yang seperti masih diketepikan. Sementara itu, anda mungkin berminat untuk baca artikel tentang sisi gelap Jepun pada pautan di bawah ini.

Sisi Gelap Masyarakat Jepun Yang Anda Perlu Tahu

Ini 10 Perkara Paling ‘Kurang Ajar’ Yang Dilakukan Ramai Orang Dalam Kereta Api Jepun

Sebelum Berhijrah Ke Jepun, Ini 2 Tip Penting Untuk Persediaan Anda

Sumber