Nampaknya tidak semua filem yang dirancang oleh pihak Disney dan Lucasfilm akan dihasilkan mengikut perancangan. Terbaru, Disney mengesahkan pembatalan filem solo untuk watak villain terkenal siri berkenaan, Boba Fett.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Boba Fett adalah salah seorang pemburu upahan terkenal dalam siri Star Wars dan perancangan untuk menghasilkan filem solo ini mendapat reaksi yang pelbagai pada awalnya. Namun, selepas pengarah filem Logan, James Mangold diumumkan sebagai pengarah, ramai yang tidak sabar menantikan filem Boba Fett ini.

Namun, kemungkinan besar disebabkan ‘kegagalan’ filem Solo: A Star Wars Story, Disney mempertimbangkan semula keputusan untuk menghasilkan filem Boba Fett. Filem solo cuma meraih keuntungan $92 juta dan bagi sebuah filem Star Wars, filem berkenaan gagal menjana keuntungan yang sepatutnya lebih besar.

Sebagai peminat setia Star Wars, adakah anda kecewa dengan berita ini? Ianya mungkin satu keputusan yang baik daripada Disney kerana watak Boba Fett cuma terkenal di kalangan peminat franchise ini sahaja. Dalam berita yang lain, Disney tidak lagi mahu Johnny Depp memegang watak Jack Sparrow untuk filem terbaru Pirates Of The Carribbean.