Nampaknya ianya bukan lagi khabar angin apabila Disney kini sudah mencapai persetujuan dengan 21st Century Fox dan membeli bahagian perfileman 21st Century Fox pada harga USD52.4 billion (RM214 billion+-). Ianya satu gabungan bersejarah yang sangat besar dan kini menjadikan Disney syarikat hiburan terbesar di dunia.

Dengan gabungan ini, ianya bakal membentuk satu union di mana Disney menjadi sangat besar dan gah jika perlu dibandingkan dengan syarikat pesaing mereka yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Chairman kepada 21st Century Fox, Rupert Murdoch sangat gembira dengan pengambil alihan ini. “Kami sangat bangga kerana berjaya membina 21st Century Fox sehingga ke tahap ini. Dengan gabungan ini, saya yakin Disney akan menambah lebih nilai untuk para pemegang saham dan terus memacu industri ini,” terang Murdoch.

Bob Iger
CEO Disney, Bob Iger (Kiri) bersama Rupert Murdoch

CEO Disney, Bob Iger akan terus menjadi CEO Disney sehingga 2021 di mana beliau akan terus memantau dan merancang perancangan untuk gabungan dua syarikat besar ini. Di dalam terma perjanjian ini, Disney akan mengambil alih aset 21st Century Fox divisi filem dan TV dan laman TV yang lain di bawah 21st Century Fox seperti FX dan National Geographic.

Dalam perjanjian ini juga, Fox akan terus memegang aset mereka yang lain seperti Fox News Channel, Fox Broadcasting dan channel sukan mereka. Di samping 21 Century Fox filem dan TV, Disney turut membeli 30% saham Hulu dan pegangan saham untuk Sky Network di Eropah.

Nampaknya kita mungkin akan nampak taman tema Simpsons sedikit masa lagi akan dibuat di Disneyland selepas ini. Ianya gabungan yang sangat besar tetapi buat Marvel, gabungan ini adalah satu impian yang akhirnya terlaksana.

Ianya masih terlalu awal untuk memberi harapan kepada peminat MCU sama ada watak-watak X-Men atau Fantastic Four akan membuat kemunculan dalam Infinity War. Ini kerana kebenaran masih perlu diminta dari pihak Fox untuk kebenaran menggunakan watak-watak ini.

thanos

Hugh Jackman yang telah bersara daripada watak beliau sebagai Wolverine pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau hanya akan kembali sebagai Wolverine jika X-Men dimasukkan ke dalam Marvel Cinematic Universe. Dengan Disney yang terkenal dalam membuat kejutan dalam karya-karya MCU sebelum ini, kemungkinan itu tetap ada, mungkin Wolverine sekadar cameo dalam Avengers pun sudah memadai.

Gabungan ini nyata lebih besar dan pastinya akan menguntungkan kedua-dua belah pihak dan yang paling gembira semestinya peminat Marvel yang menyaksikan majoriti watak-watak Marvel sudah kembali di bawah satu bumbung. Apa yang anda mahu berlaku dalam MCU selepas ini?

Sumber