Disney tampil berkolaborasi dengan MAC Cosmetics menghasilkan koleksi makeup edisi khas bersempena dengan filem Aladdin yang akan ditayangkan pada 24 Mei 2019 ini.

Menariknya, koleksi ini tampil dengan lipstik, palet eyeshadow dan bronzers. Bagi setiap bungkusan makeup tersebut, ia tampil dengan warna keemasan. Lebih mencuri perhatian, pada bronzers terdapat ukiran lampu ajaib yang pastinya menjadikan ia berbeza. Malah, pada setiap koleksi, corak yang digunakan sangat kena dengan tema filem Aladdin ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, ia akan tersedia secara atas talian dan kedai-kedai MAC pada 16 Mei 2019. Akan tetapi, harga untuk koleksi ini masih belum diketahui.

1

2

3

4

5

Baca lagi:Tonton Trailer Terbaru ‘Aladdin’