Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Disney dalam sidang media pagi tadi telah mengumumkan bahawa pihaknya bakal melancarkan perkhidmatan langganan penstriman video Disney+ Hotstar khusus untuk hiburan di Malaysia bermula 1 Jun 2021.

Platform penstriman terbaharu ini akan menawarkan rancangan hiburan yang menarik merangkumi 800 tayangan filem termasuk filem tempatan dan antarabangsa. Tidak cukup itu, anda juga bakal disajikan dengan 18,000 episod drama bersiri popular terbitan Disney, Marvel, Pixar, Star Wars, National Geographic dan banyak lagi.

Tidak terkecuali, Disney+ Hotstar dikatakan bakal memeterai perjanjian bersama studio-studio produksi tanah air untuk tayangan drama episod dan filem tempatan yang blockbuster menerusi platform penstriman tersebut dan ini termasuk Skop Production, Revolutions Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les Copaque Production dan Red Films.

Kata Disney, filem Ejen Ali The Movie 2 juga akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar selepas ia ditayangkan di pawagam. Jadi penstriman ini amat sesuai untuk setiap lapisan umur dan tidak rugi jika anda melanggannya.

0405_hotstar1

Menariknya lagi, ‘Siri Drama Pukul 7’ atau Slot Akasia di TV3 juga bakal ditayangkan terus menerusi platform ini. Difahamkan, siri drama bakal ditayangkan pada seawal jam 7 pagi pada hari yang sama sebelum ia bersiaran di TV3 pada jam 7 malam. Jadi, bagi anda yang meminati ‘drama pukul 7’, kami sarankan anda patut langgan penstriman ini.

Menerusi kenyataan rasmi, pakej langganan Disney+ Hotstar ini ditawarkan pada harga serendah RM54.90 untuk tempoh tiga bulan. Tambah menarik, platform penstriman ini juga boleh dilanggan sekali dalam pakej Movie Pack Astro kerana Disney juga dikatakan bakal bekerjasama dengan Astro untuk meluaskan langganan penstriman ini.

Ahmad Izham Omar dilantik sebagai pengarah eksekutif khas untuk kandungan kreatif Disney+. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ahmad Izham Omar Dilantik Pengarah Eksekutif Khas Untuk Kandungan Kreatif Disney+

Batalkan Filem Terakhir, Disney Tutup Operasi Studio Animasi Terbesar 20th Century Fox April Ini

Marvel Studios Raikan Semua Filem MCU Akan Datang Dalam Satu Trailer Khas

Anda Mungkin Suka