Sebanyak 21 rangkaian siaran sukan Fox milik Walt Disney Co. akan sah menjadi milik syarikat telekomunikasi, Sinclair Broadcast Group. Menurut laporan The Wall Street Journal, Sinclair berjaya memiliki 21 siaran tersebut dengan harga USD10 billion (±RM41,425,000,000).

Sinclair berjaya mengambil alih siaran tersebut melalui satu anak syarikat baharu iaitu Diamond Sport Group. Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Sinclair, Chris Ripley berkata pembelian 21 saluran sukan ini adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan syarikatnya sebagai penyiar acara sukan premium di Amerika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Disney bersetuju untuk menjual sejumlah besar siaran berbayar tersebut kerana sudah mempunyai beberapa siaran sukan yang sudah cukup stabil dari segi jumlah penonton dan prestasinya seperti ESPN. Penonton di Amerika berharap pemilikan baharu siaran sukan ini diharapkan akan memberi perubahan baharu dalam industri hiburan.