Disney secara rasminya telah mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap platform streaming Hulu setelah menerima persetujuan dalam perjanjian yang dibuat bersama Comcast. Dalam perjanjian tersebut, pihak Comcast telah bersetuju untuk menjual kepentingannya dalam platform Hulu kepada Disney dengan harga $5.8 bilion (RM24.20 bilion).

NBCUniversal Comcast akan terus membenarkan pengawalan Disney dalam kandungan Hulu sehingga tahun 2024. Pihak mereka juga telah mendapat $500 juta (RM2.09 bilion) setahun untuk kandungan di library Hulu dan turut merancang untuk melancarkan perkhidmatan streaming secara percuma yang disokong dengan iklan mulai tahun hadapan.

Kini Disney juga dapat mengintegrasikan platform Hulu ke dalam perniagaan secara langsung mereka dan memanfaatkan kuasa penuh jenama dan enjin kreatif Walt Disney Company untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih menarik dan lebih besar nilai untuk pengguna.