Andy Park merupakan direktor visual untuk Marvel Studios dan hasil kerjanya sebelum ini boleh dilihat untuk filem Captain Marvel, Thor: Ragnarok, Ant-Man & The Wasp dan Guardians Of The Galaxy Vol 2.

Khas untuk expo Disney D23, beliau menghasilkan poster lukisan rasmi untuk filem Black Widow. Paling menarik adalah pada poster ini juga dapat dilihat watak baharu yang akan dilakonkan oleh bintang Stranger Things, David Harbour. Beliau akan membawa watak Red Guardian/Alexei Shostakov.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Tiada maklumat lanjut dikongsikan untuk Black Widow di D23 pada ketika ini. Pada ketika ini, filem Black Widow akan berkisarkan peristiwa di antara ‘Captain America: Civil War’ dan ‘Avengers: Infinity War’.

Black Widow akan berada di pawagam pada 1 Mei 2020. Jangkakan trailer rasmi pertama Black Widow muncul sekitar hujung tahun ini.

Dalam masa yang sama, di D23 Tom Holland mengesahkan beliau akan terus membawa watak Spider-Man di masa akan datang

Tom Holland Sahkan Akan Terus Pegang Watak Spider-Man

Marvel Kongsi Gambar Rasmi Pertama ‘Black Widow’

Anda Mungkin Suka