Setelah agak lama menantikan siapa yang bakal menggantikan James Gunn untuk mengarah filem Guardians Of The Galaxy (GOTG) yang ketiga, secara tiba-tiba James Gunn diambil semula oleh Disney untuk mengarah filem berkenaan.

Ianya ibarat satu kejutan buat peminat setia Marvel dan James sendiri. Beliau sebelum ini dipecat oleh Marvel kerana menulis Tweet yang dikatakan tidak sensitif oleh Disney; walaupun tweet berkenaan ditulis beberapa tahun yang lalu sebelum beliau mengarah GOTG.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

James menerusi laman Twitter mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong beliau di Disney dan mahu menghasilkan filem yang dapat mengembirakan semua.

https://twitter.com/JamesGunn/status/1106633508657651712

Ada pihak beranggapan Disney tidak dapat mencari pengarah yang sesuai untuk menggantikan James Gunn dan tidak ada pengarah yang mempunyai personaliti dan visi seperti James Gunn. Marvel juga dikatakan sanggup menunggu James Gunn melaksanakan tugas beliau sebagai pengarah Suicide Squad 2 terlebih dahulu sebelum kembali ke Marvel.

Ianya pasti mengembirakan pelakon-pelakon GOTG yang sentiasa berdiri teguh di belakang James Gunn. Nampaknya ianya tahun yang baik buat James Gunn bukan sahaja kerana beliau akan kembali mengarah GOTG tetapi juga Suicide Squad.