5 artis dari 5 buah negara di Asia Tenggara dipilih untuk menyanyikan lagu tema rasmi filem animasi terbaru terbitan Walt Disney Animation Studios, Moana yang akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Disember 2016 ini.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Malaysia diwakili oleh pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang sebelum ini telah merangkul 3 trofi Anugerah Planet Muzik 2016 kategori Artis Paling Popular APM, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular APM 2016, Pencuri Hati.

Selain Ayda, soundtrack “Moana” ini turut dinyanyikan oleh Janelle Salvador (Filipina), Maudy Ayunda (Indonesia), Myra Maneepat Molloy (Thailand) dan Minh Nhu (Vietnam) dalam versi bahasa masing-masing.

Cabaran Ayda Jebat

Ini satu penghormatan dan bukti bahawa Disney menghargai bakat nyanyian Ayda bagi membawakan lagu “How Far I’ll Go” dalam versi Bahasa Malaysia, “Bawaku Berkelana” yang mempunyai aura lagu yang penuh bersemangat dengan note tinggi.

Bekas top 14 finalis Akademi Fantasia 9 mengakui inilah lagu paling susah yang pernah dinyanyikan olehnya dimana dia perlu cubaan 5 kali untuk mendapatkan tune di studio rakaman sebelum diterima oleh jurutera bunyi.

“Ia menjadi lagu yang paling sukar saya (pernah) persembahkan. Selain daripada note yang tinggi, saya perlu memasukan banyak emosi ketika menyanyikannya,” kata Ayda Jebat, 24.

Dia juga mengakui tidak mempunyai banyak masa untuk membiasakan dirinya dengan melodi lagu ini memandangkan dia terus dihantar ke studio rakaman tanpa diberikan lirik terlebih dahulu.

Walaubagaimana pun, ia adalah pengalaman yang hebat baginya menyelesaikan lagu itu dalam masa 3 jam. Ia juga satu platform yang baik untuk menghubungkan Ayda Jebat dengan peminat karya Disney.

“Ia pastinya satu pengalaman yang hebat, dan saya merasai banyak keseronakan. Dalam masa yang sama, bekerja dengan Disney menyediakan saya satu platform yang hebat untuk berhubung dengan peminat yang lebih muda, terutama mereka yang meminati filem Disney,” tambah pelakon Rindu Awak 200% ini.

Sinopsis Maona

Filem animasi ini mengisahkan adventure seorang gadis Maui berusia 16 tahun yang berlayar ke sebuah pulau dongeng dengan bantuan dewa Maui untuk menyelamatkan pulau kelahirannya daripada lava monster Te Fiti.

Perjalanannya yang mencabar dengan pelbagai dugaan yang pelik dan bahaya akhirnya membongkar identiti dirinya sendiri. Ia juga mengajar dia menjadi seorang master wayfinder.

Ia dibintangi Auli’i Cravalho, Dwayne “The Rock” Johnson, Temuera Morrison, Nicole Scherzinger dan Rachel House.

Anda Mungkin Suka