Ianya satu langkah yang drastik daripada Disney untuk memecat pengarah yang bertanggungjawab menjayakan salah satu franchice hebat Marvel, Guardians Of The Galaxy.

https://twitter.com/JamesGunn/status/1020154776539967489

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebab utama pemecatan James ini adalah berikutan pihak Disney menemui kembali beberapa Tweet lama yang ditulis oleh James bertahun yang lalu yang dianggap ‘keterlaluan’ dan tidak beretika.

Pengerusi Wal Disney Studio, Alan Horn berkata,”Sifat dan keterangan yang dibuat oleh James di Twitter adalah tidak bertanggungjawab dan lari daripada nilai murni studio ini dan kami memutuskan untuk tidak lagi mempunyai dengan James.”

https://twitter.com/JamesGunn/status/1020154780012834816

Namun, James menerima pemecatan ini dengan hati terbuka dan turut memohon maaf atas kenyataan serta jenaka kasar yang pernah dibuatnya sebelum ini. Beliau menambah Tweet berkenaan ditulis oleh dirinya bertahun yang lalu dan ketika ini beliau adalah insan yang lebih matang yang tidak lagi berjenaka seperti dahulu.

Dikhabarkan Tweet James yang berusia lebih 10 tahun yang dahulu dianggap kontroversi kerana membuat jenaka tentang isu pedophilia, rogol dan peristiwa 9/11.

Bagi yang mengenali Gunn, beliau memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara dan setiap isu yang dibangkitkan oleh beliau perlu dibaca secara tersirat. Gunn juga seorang yang gentleman apabila beliau tidak menafikan beliau pernah menulis perkara-perkara berkenaan sebelum ini.

GUardians Of The Galaxy 3 dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2020 dan pemecatan ini semestinya akan mengganggu perjalanan filem ini. Jadi dapatkan Disney mencari pengarah baharu sehebat Gunn untuk siri Guardians ini? Adakah ini satu langkah panik oleh Disney?

Sumber