Nampaknya tambah lagi sebab untuk anda melanggan Disney+ bila ianya dilancarkan nanti. Ketika di D23 Expo semalam, Marvel Studios secara rasmi mengumumkan 3 lagi siri khas untuk Disney+ yang akan melibatkan watak Marvel yang belum pernah muncul dalam MCU sebelum ini; Ms. Marvel, Moon Knight dan She Hulk.

Ms. Marvel bakal menjadi superhero Muslim pertama yang diangkat untuk mempunyai sirinya sendiri selepas ianya diperkenalkan pada tahun 2013. Penampilan pertama kali Moon Knight untuk Marvel adalah pada tahun 1975 dan ianya sudah tiba masanya untuk Moon Knight membuat kemunculan lebih besar di pentas Hollywood.

Bagaimana pula dengan She Hulk? Adakah beliau akan mempunyai sangkut paut dengan Bruce Banner? Itu semua akan diceritakan dengan teliti dalam siri mereka di Disney+.

Ketiga-tiga siri ini turut disahkan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe (MCU). Jadi, peluang untuk watak-watak ini muncul dalam mana-mana filem Marvel adalah sangat tinggi. Siri Disney+ sebelum ini seperti Loki dan WandaVision sudah pun diatur akan mempunyai kesinambungan dalam dalam filem Thor 3 dan Doctor Strange 2.

https://twitter.com/notamoviepod/status/1165106637775851520

Artikel lain yang berkaitan Disney+

Disney Sahkan Siri TV ‘Obi-Wan Kenobi’ Menampilkan Ewan McGregor

‘Blade’ Kejutan Utama Marvel Studios Di San Diego Comic-Con

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat