Adakah anda percaya Loki sudah mati dalam Infinity War? Nampaknya Disney nampak potensi Loki dan akan hadir dengan siri khas untuk Loki.

Watak Loki akan terus dilakonkan oleh pelakon Tom Hiddleston dan siri ini akan bersiaran di laman streaming terbaru daripada Disney (Disney+) yang akan dilancarkan kelak. Dengan adanya siri hebat seperti Loki ini, ianya akan membuatkan lebih ramai berminat untuk melanggan servis streaming oleh Disney ini nanti.

Satu lagi watak daripada studio Disney, Cassian Andor (Rogue One: A Star Wars Story) turut dikhabarkan akan menerima siri khas yang akan ditayangkan di Disney+. Diego Luna akan terus memegang watak Cassian Andor.

cassian andor
Diego Luna (Cassian Andor)

Sememangnya ianya satu tarikan hebat untuk melanggan Disney+ jika Disney mengekalkan pelakon sedia ada untuk watak-watak ini. Disney+ akan memulakan perkhidmatan sekitar tahun 2019 dan selain siri-siri khas ini, pelanggan juga dapat menonton filem dan kartun di bawah Disney Studios menerusi laman streaming ini. Disney+ ini pastinya akan memberi saingan hebat kepada laman streaming popular Netflix.

Jika Loki mendapat siri sendiri, superhero Marvel yang lain pastinya turut berada dalam radar Disney. Kita tunggu dan lihat watak mana pula yang akan dapat siri sendiri kelak.